Blog ini dibuat semata-mata untuk memberi sedikit sumbangan dalam bentuk buah fikiran, berkongsi pengalaman dan menyahut seruan Rasulullah s.A.W 'Balighu anni walau ayah'. (Sampaikan dari ku walau satu ayat). Segala persoalan yang di utarakan akan meliputi, hal-hal dunia dan akhirat, isu-isu semasa, politik, perubatan dan pelbagai ilmu untuk mendidik masyarakat. Dengan harapan 'apabila datang kebenaran, maka lenyaplah kebatilan kerana sesungguhnya yang batil itu pasti lenyap'- maksud hadis.
Sunday, December 28, 2008
MENGAPA HARGA SAWIT DAN GETAH JATUH MERUDUM BEGITU TERUK SEKALI?
Sekarang ini, harga kelapa sawit merudum kepada RM250 setan dan getah pula sembilan puluh sen sekilogram.
Perit, sakit dan meggigit-gigit, membuahkan rasa sebak, dan ingin memberontak! itulah barangkali keadaan yang dirasai oleh para penoreh, pekebun, peladang dan semua yang terlibat dengan industri pertanian.
Alasan yang diberi oleh pemimpin kerajaan masih lagu lama, berlaku lambakan hasil di pasaran dunia. Hanya Malaysia, Indonesia dan Thailand pengeluar utama sawit dan getah iaitu dengan permintaan dan penggunaan kian berkembang, adakah itu alasannya?
Kos sara hidup pula begitu tinggi dan ini menyebabkan keadaan inflasi dijangka naik melebihi lima peratus pada tahun 2009 ini.
Sebelum ini Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak memberi jaminan ekonomi negara tidak terjejas meskipun berlaku kelembapan ekonomi dunia bagaikan tidak berpijak di bumi yang nyata.
Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MFF) menganggarkan 200,000 hingga 400,000 pekerja akan hilang pekerjaan pada suku pertama dan kedua tahun 2009 ini.
Jabatan Tenaga Kerja (JKT) memaklumkan seramai 4,749 pekerja akan diberhentikan oleh 102 majikan dalam tempoh tiga bulan ekoran krisis ekonomi global.
Sekalipun ada Akta Kerja 1955 untuk menjamin majikan membayar pampasan dengan jumlah tertentu, ada pekerja yang tidak dibayar gaji dan pampasan kedengaran di sana sini.
Saudara,
Jawapan yang benar-benar jelas, telus dan meyakinkan perlu diberi oleh pihak kepimpinan kerajaan untuk memberi kefahaman dan menghilangkan keresahan rakyat.
Macamana? Boleh dapat jawapannya semasa kempen pilihanraya kecil Kuala Terengganu ke?
Friday, December 26, 2008
PILIHANRAYA KECIL KUALA TERENGGANU - SILA MAINKAN ISU BAHASA MELAYU,HARGA BARANG DAN PENGGADAIAN WARGANEGARA (MYKAD)
1) HAPUSKAN SEGERA PELAKSANAAN PPSMI BERKUATKUASA SESSI PERSEKOLAHAN JANUARI 2009.
TERUS DAULATKAN BAHASA MELAYU.
2) TUBUHKAN SATU SURUHANJAYA DIRAJA YANG BEBAS MENYIASAT PEMBERIAN KAD PENGENALAN
(MYKAD) OLEH PIHAK TIDAK BERTANGGUNG JAWAB KEPADA WARGA ASING DI SABAH DAN
LAIN-LAIN NEGERI. DEDAHKAN SIAPA DALANG, PENGKHIANAT DAN PENJENAYAHNYA!
3) TINDAKAN CEPAT DAN BERKESAN MENGATASI KENAIKAN HARGA BARANG.
Ini bukanlah satu ugutan kepada kerajaan, tetapi merupakan permintaan dan hak rakyat pembayar cukai yang wajib dilayan sewajarnya tanpa sebarang dolak dalik lagi oleh pemerintah.
Wednesday, December 24, 2008
SETELAH BAHASA MELAYU DILACURKAN, KINI MYKAD (STATUS WARGANEGARA) PULA DIGADAIKAN
senario 1:
KOTA KINABALU 23 Dis. – Polis Sabah akan menyiasat dakwaan mengenai sebuah dewan perniagaan di negeri ini yang dikatakan terlibat mendapatkan MyKad kepada warga India yang bekerja di negeri ini.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, pihaknya memandang serius dakwaan itu dan akan berusaha mendapatkan kerjasama pihak-pihak yang berkaitan.
“Kita memang ada terima laporan tetapi mesti siasat dulu laporan itu benar atau tidak. Sebelum sebarang tindakan diambil, kita kena siasat dulu sama ada laporan tersebut benar atau mempunyai motif lain.
Betapa mudahnya untuk rakyat asing mempunyai kad pengenalan sedangkan bumiputera Sabah terutama sekali di pedalaman dengan sistem jalanraya yang belum baik terpaksa berulang kali ke JPN untuk mendapatkan kad pengenalan dan sering kali mereka dikecewakan dengan jawapan dokumen kurang lengkap. Sedangkan kos pengangkutan dan kos penginapan yang mereka perlu tanggung begitu tinggi.
Adakah perkara ini disengajakan untuk membolot tanah adat penduduk kampung tersebut. Apabila penduduk kampung ini tidak mempunyai kad pengenalan maka dengan secara automatiknya mereka tidak boleh mempunyai tanah. Dan ini membolehkan segelintir orang boleh membolot tanah tersebut.
Senario 2:
1.3 juta rakyat asing diberi kewarganegaraan
18 November 2008
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar memaklumkan seramai 1,343,940 orang pemegang kad pengenalan Merah telah pun diberi taraf kewarganegaraan Malaysia sejak 1957 hingga Ogos lepas. Beliau turut menyatakan sebanyak 23,436 daripada 1,389,436 permohonan tidak berjaya. "Seramai 2,294 orang berketurunan Melayu, 1,175 orang berketurunan Cina, 786 orang berketurunan India dan 956 orang daripada keturunan-keturunan lain telah diberi taraf kewarganegaraan sejak 1998 hingga Ogos lepas," katanya.
Syed Hamid memberitahu tiada Piagam Pelanggan yang ditetapkan kerana setiap kelulusan mengikut tempoh. "Contohnya memohon Permit Masuk daripada Jabatan Imigresen terlebih dahulu dan seterusnya membuat permohonan bagi mendapatkan Taraf Penduduk Tetap daripada Jabatan Pendaftaran Negara,” jelasnya.
Wednesday, December 17, 2008
MENGAPA BILANGAN RAKAAT DALAM SOLAT BERBEZA-BEZA- SUATU KAJIAN SAINTIFIK
Syarikat, telah membuat satu kajian tentang mengapa disyariatkan solat berjamaah di dalam Islam dan kelebihan solat berjamaah tersebut dalam kehidupan umat Islam. Menurut profesor itu, tubuh badan kita (manusia)terdiri daripada dua cas elektrik iaitu cas positif dan cas negatif. Dalam perjalanan hidup manusia setiap hari, semasa kita bekerja, beriadah atau berehat, kita banyak menggunakan tenaga dan dalam proses ini banyak berlaku pertukaran cas-cas positif dan negatif yang menyebabkan
ketidak seimbangan cas-cas tersebut di dalam tubuh badan kita. Ini menyebabkan kita merasa letih dan lesu apabila kita selesai menjalankanaktiviti-aktiviti harian kita. Cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk memulihkan tubuh badan kita ke keadaan normal supaya kita kembali segar dan dapat menjalankan aktiviti-aktiviti lain tanpa gangguan.
Berbalik kepada kaitan solat berjamaah, timbul satu persoalan di minda profesor ini mengapa dalam Islam, disyariatkan, malah sehingga ke peringkat diwajibkan bersolat secara berjemaah, dan mengapa solat lima waktu yang didirikan oleh orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama ( Zohor - 4 rakaat, Asar - 4 rakaat Maghrib - 3 rakaat, Isya - 4 rakaat, Subuh - 2 rakaat). Dari kacamata beliau, sebagai seorang bukan Islam yang mempunyai ilmu yang tinggi dalam bidang berkaitan, beliau lalu menjalankan kajian tentang perkara ini dan mengaitkannya dengan
aktivit-aktiviti harian kita yang memerlukan pemulihan cas-cas
positif/negatif tadi.
Pertama sekali beliau mengkaji kaitan jumlah rakaat dengan solat berjamaah
dan fungsinya dalam pemyeimbangan cas-cas di dalam badan kita.
Semasa kita melakukan solat berjamaah, kita disyariatkan supaya meluruskan dan merapatkan barisan (saf), bahu bertemu bahu dan tumit bertemu tumit.Dalam bergeseran tubuh kita dengan tubuh jamaah lain yang berada di kira dan kanan kita, tubuh kita mengeluarkan cas-cas yang berlebihan dancas-cas ini akan ditarik oleh cas yang berlawanan dalam tubuh badan rakankita. Jamaah lain juga akan mengeluarkan cas-cas dari tubuh badan mereka dan cas-cas ini akan ditarik oleh cas-cas yang berlawanan dari tubuh badan kita. Dengan ini berlakulah keseimbangan cas-cas positif/negatif. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang dan semakin segar tubuh
badan kita.
Menurut beliau, dalam kehidupan seharian kita, apabila kita bangun dari tidur, badan kita merasa segar dan sihat setelah berihat selama beberapa jam (tidur). Dalam keadaan ini, tubuh badan kita mengandungi cas-caspositif/negatif yang hampir seimbang. Jadi, apabila kita mendirikan solat Subuh berjamaah, kita hanya memerlukan sedikit pertukaran cas-cas dari dan ke dalam tubuh badan kita. Sebab itu mengapa solat subuh itu hanya duarakaat.
Seterusnya, setelah seharian kita bekerja bertungkus lumus, membanting tulang atau memerah otak, cas-cas ini tidak lagi seimbang dengan kehilangan banyak tenaga dari badan kita. Oleh itu kita memerlukan pertukaran cas-cas yang banyak dan solat berjamaah memainkan peranan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas ini. Oleh sebab itu solat Zohor (berjamaah) didirikan empat rakaat untuk memberi lebih
masa kepada pemulihan cas-cas tadi.
Proses yang sama berlaku pada sebelah petang, apabila kita juga mengeluarkan banyak tenaga menyambung tugas-tugas kita dan kita kehilangan banyak cas-cas ini. Sekali lagi proses penyeimbangan ini berlaku apabila kita mengerjakan solat Asar (berjamaah) sebanyak empat rakaat.
Selepas waktu Asar, setelah pulang dari kerja atau pada kebiasaannya, kita hanya melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak terlalu banyak menggunakan tenaga dan masa yang diperuntukan pula tidak terlalu lama. Oleh itu tidak terlalu banyak tenaga yang kita keluarkan. Seterusnya kita akan pergi ke masjid untuk menunaikan solat Maghrib (berjamaah), banyak tiga rakaat. Pengurangan dalam rakaat ini berlaku kerana kita tidak kehilangan terlalu banyak tenaga dan penyeimbangan cas-cas ini berlaku dalam jangka masa yang agak kurang dari sebelumnya (Zohor dan Asar).
Seterusnya timbul persoalan di fikiran beliau tentang mengapa solat Isya mengandungi empat rakaat. Secara logiknya, kita tidak melakukan banyak aktiviti pada waktu malam dan tidak memerlukan pengumpulan cas-cas yang banyak untuk tidur. Setelah kajian beliau lakukan, terdapat hikmah di sebalik jumlah rakaat ini. Seperti yang sedia kita maklum, kita umat Islam sangat-sangat digalakkan supaya tidur pada awal waktu malam dan bangun semula di sepertiga malam untuk menunaikan solat-solat sunat, terutamanya solat sunat Tahajjud. Malam amalan solat ini menjadi kewajiban bagi Nabi
s.a.w. dan para sahabat-sahabat baginda serta para alim ulama. Terlalu besar ganjaran dan kelebihan solat Tahajjud ini (tidak perlu diterangakn di sini). Jadi, dari fakta ini, dapat beliau simpulkan bahawa, solat Isya (berjamaah) sebanyak empat rakaat dapat menyediakan penyeimbangan cas-cas dan pengumpulan tenaga yang secukupnya untuk kita bangun pada waktu sepertiga malam untuk menunaikan solat Tahajjud dan berqiam menghambakan diri kepada kepada Allah di waktu yang serba dingin dan sunyi.
Dalam proses membuat kajian ini, beliau mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan segala amalan dan suruhan Allah Taala mempunyai hikmah yang tersirat dan tersurat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan betapa besarnya pencipta segala yang ada di muka bumi ini dan betapa kerdilnya beliau. Pada waktu inilah, beliau telah diberi hidayah oleh Allah Taala untuk memeluk agama Islam.
Tuesday, December 16, 2008
GERAKAN DALAM SOLAT - SUATU KAJIAN SAINTIFIK
SOLAT sebagai rukun Islam yang wajib dilakukan setiap umat Islam sudah banyak dikaji dari sudut kerohanian.
Bagaimanapun, pernahkah kita berfikir mengenai pengertian setiap gerakan solat seperti qiyam, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud serta tahiyat awal dan tahiyat akhir.
Adakah gerakan itu hanya sekadar gerakan tubuh yang tidak mempunyai makna?
Kajian sains moden mendedahkan bahawa amalan yang dilakukan lima kali setiap hari bukan hanya suatu amalan kerohanian yang mendekatkan hamba kepada penciptanya. Kehebatan solat ternyata memanfaatkan tubuh manusia.
Hasil kajian saintifik membuktikan kewajipan terhadap setiap umat Islam mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.
Ng Siew Chok memakaikan topi elektrod untuk mengkaji gelombang otak.
Lebih membanggakan bukti itu diperoleh hasil kajian anak tempatan, termasuk seorang bukan Islam. Mereka adalah pensyarah Jabatan Kejuruteraan Biomedikal di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) yang diketuai Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim bersama Profesor Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok.
Penggerak kajian ini ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan melalui geran Jabatan Perdana Menteri (JPM), kajian itu bermatlamat menentukan nilai terapeutik solat terhadap mereka yang melakukan solat, termasuk dari segi sistem kardiovaskular, komposisi tubuh, isyarat otak dan aktiviti otot.
Dr Wan Abu Bakar ketika memperjelaskan kajian itu berkata, mereka adalah jurutera bioperubatan yang mengkaji tubuh manusia dari segi kejuruteraan.
Katanya, kajian itu cuba melihat apa yang sebenar berlaku kepada fizikal dan mental manusia ketika melakukan solat.
SOLAT terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.
“Kajian dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu saya mengkaji aktiviti otot, Siew Chok mengkaji isyarat otak, iaitu apa yang berlaku kepada gelombang otak ketika solat. Dr Fatimah mengkaji komposisi tubuh,” katanya.
Beliau berkata, hasil kajian mendapati bahawa ada banyak perkara positif apabila seseorang melakukan solat dan ini dimuatkan dalam buku `Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains’ terbitan Jabatan Kejuruteraan Biomedikal. Buku ini mempunyai dua versi, bahasa Melayu dan Inggeris.
Setakat ini, kajian itu adalah yang pertama dilakukan secara saintifik di negara ini. Bagaimanapun, sudah ada beberapa kajian yang sama, tetapi tidak menyeluruh dan lengkap seperti yang dilakukan UM.
Seorang doktor perubatan dari Indonesia, Prof Dr Moh Sholeh, melakukan kajian khusus terhadap solat tahajud.
Beliau mengambil sampel darah, hormon tekanan (stress) dan imuniti dalam badan. Selepas tiga bulan melakukan solat, sampel diambil lagi dan didapati imuniti meningkat dan hormon tekanan menurun. Rumusannya solat tahajud boleh merawat barah.
Kajian lain dilakukan oleh tiga doktor perubatan dari Universiti Hokkaido di Jepun, iaitu Mohammed Faruque Reza, Yuji Urakami dan Yukio Mano, yang mendapati bahawa posisi tubuh (posture) solat boleh merawat warga tua yang sakit tulang.
Dr Wan Abu Bakar berkata, kajian sepatutnya berakhir tahun ini, tetapi jabatan mempunyai beberapa cadangan baru bagi memperluaskan kajian itu.
Memperjelaskan kajian lanjutan itu, Dr Fatimah yang mengetuai kajian berkata antara bidang baru yang akan dikaji ialah mengenai perbezaan solat antara orang biasa dan ulama.
“Kajian itu akan mengkaji isyarat otak ulama dan orang biasa ketika bersolat. Adakah isyarat otak orang alim adalah lebih tenang berbanding orang biasa kerana kita menjangka mereka memahami bahasa al-Quran,” katanya.
Bagaimanapun, katanya sukar untuk mendapat ulama secara sukarela menyertai ujian ini. Beliau memberi jaminan bahawa identiti mereka yang menyertai ujian dirahsiakan dan hanya dinyatakan sampel adalah dari kumpulan tertentu.
Berbanding kajian awal yang mengesahkan solat memberi banyak kebaikan kepada kesihatan manusia, katanya kajian lanjutan memperjelaskan proses solat merawat pelbagai penyakit.
Mengambil Erektil Disfungsi (ED) atau mati pucuk sebagai contoh, katanya kajian awal yang dilakukan mengesahkan bahawa solat memberi kesan positif untuk merawat ED, tetapi mereka ingin mengkaji cara gerakan solat merawat penyakit itu
Saturday, December 13, 2008
BERMULANYA KEPERITAN RAKYAT MALAYSIA
SEJARAH !!!! 20,000 NELAYAN SERTAI MOGOK NASIONAL - MalaysiaKini
Kira-kira 20,000 nelayan menyertai boikot terbesar tidak ke laut bermula hari ini bagi mendesak kerajaan menurunkan harga diesel kepada RM1.
Boikot yang melibatkan 5,000 bot itu akan mengurangkan separuh bekalan ikan negara, lapor Sin Chew Online.
Boikot anjuran Persatuan Nelayan Selangor dan Perak turut disertai nelayan-nelayan dari Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Sarawak.
Nelayan membuat tuntutan itu kerana harga diesel tahun ini telah turun sebanyak enam kali, tetapi nelayan masih membayar harga yang sama iaitu RM1.43 seliter.
Harga diesel di pasaran sekarang dijual RM1.80 seliter.
Selasa lalu, 143 bot di Kota Kinabalu enggan turun ke laut bagi membuat desakan yang sama.
Nelayan-nelayan di Sabah mendakwa mereka mengalami kerugian akibat harga diesel dan hasil tangkapan ikan merosot.
Setelah 6 kali harga minyak dunia turun mengapa harga diesel Malaysia bagi para nelayan tidak diturunkan?? Mengapa nak tunggu para nelayan mogok dan menjejaskan serta menyukarkan lagi kehidupan rakyat? Inikah kerajaan yang selalu mendakwa sebagai pembela rakyat?!
Sumber protein orang kampung selain sayur-sayuran ialah ikan. Kalau dah ikan mahal, cuba bayangkan, rakyat terbanyak dan yang hidup cukup makan selepas ini akan jadi rakyat TAK CUKUP MAKAN!
INGATLAH! Apabila keperluan asas seperti makan dan minum sudah terjejas, selalunya manusia akan memberontak . Mereka akan menjadi agressif dan tidak akan pedulikan keselamatan lagi. Jika pihak yang berkuasa gagal menangani masalah ini , tunggulah pelbagai perkara buruk akan berlaku pada masa itu . Antaranya ialah peningkatan kadar jenayah, pecah rumah, kecurian, rompakan dan sebagainya. SERAHKANLAH SESUATU URUSAN ITU KEPADA AHLINYA!! CONTOHILAH KEPIMPINAN RASULULLAH DAN PARA SAHABATNYA, jika mahukan kehidupan di Malaysia ini aman dan harmoni. Hantarkan mesej anda bermula dengan pilihanraya kecil Kuala Terengganu dalam masa terdekat ini.!....
Baik-baik mengail Tenggiri,
Jangan terkena ikan memparang,
Baik-baik mentadbir negeri,
Jangan sampai rakyat berperang.
Tegak rumah kerana sendi
Rosak sendi rumah binasa
Teguhnya ummah kerana budi
Hilang budi ummah binasa
Thursday, December 11, 2008
Kemelesetan Ekonomi Mula melanda Malaysia - KEMBALILAH KEPADA DASAR EKONOMI ISLAM
Kemelesetan ekonomi mula melanda Malaysia
Sebelum membicarakan persoalan kemelesetan ekonomi yang bahangnya mula membakar setiap minda dan benak setiap manusia yang masih perlu menyuap mulut masing-masing dengan rezeki Allah bagi meneruskan hidup, cuba perhatikan beberapa analisis dan ledakan kebimbangan manusia-manusia yang kononnya punya peranan penting dan digelar pakar ekonomi.
1) Kata Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam, pekerja di negara ini dijangka akan merasai kesan kemelesetan ekonomi dunia mulai Februari atau Mac depan, .
Menurut beliau lagi setakat ini hanya kira-kira 3,000 pekerja tempatan telah diberhentikan dan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) sedang membantu mereka mendapatkan pekerjaan lain selain melatih golongan terbabit di institut latihan kendalian Jabatan Tenaga Manusia.Sumber
2) Kadar pengangguran tahun depan mungkin meningkat kepada 4.5 peratus berbanding kira-kira 3.5 peratus tahun ini dalam kelembapan ekonomi global sekarang, demikian menurut Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER).
3) Menurut pengarah eksekutifnya, Professor Emeritus Dr Mohamed Ariff Abdul Kareem, berkata dalam suku ketiga tahun ini, rakyat Malaysia yang menganggur berjumlah 12,000 orang dan jumlah itu semakin meningkat. Sumber
Sektor-sektor yang dijangka mudah terjejas adalah sektor penerbangan berikutan berkurangnya pelancong luar, sektor otomobil, sektor perumahan dan sektor perkilangan barangan elektronik.
4) Kini adalah bergantung kepada langkah-langkah kerajaan untuk membendung masalah ini dari terus menjadi serius. Namun begitu, prestasi ekonomi negara-negara Asia adalah bergantung pada kestabilan ekonomi China. Jika China juga bergelut (dengan krisis ekonomi semasa), ekonomi-ekonomi lain di Asia turut akan berdepan dengan tempoh yang sukar.
Beliau mendedahkan bahaya yang menimpa sistem kapitalis dan merayu untuk mencari penyelesaian alternatif ke atasnya dengan memberikan beberapa jalan penyelesaian dan berada di urutan atas adalah penerapan syariah Islam walaupun ia bercanggah dengan adat istiadat Barat dan kepercayaannya.
Seorang penulis dan pengkaji wanita berasal dari Itali, Loretta Napolioni, baru-baru ini menulis buku bertajuk Iqtisad Ibn Awa (Ekonomi Ibnu Awa). Dalam buku ini, dijelaskan bahawa perbankan Islam menjadi alternatif yang sesuai bagi perbankan Barat dengan ranapnya bursa dunia dan krisis hutang di Amerika Syarikat.
Sistem perbankan konvensional sudah mula nampak keakutan penyakitnya dan memerlukan penyelesaian dari akar umbi.
Dalam laporannya, detik.com pada 22 Oktober lalu menulis: "Ketika bank-bank konvensional terlilit masalah akibat krisis kewangan, jumlah pelanggan Islamic Bank of Britain (IBB) meningkat lima peratus, termasuk pelanggan sektor pembiayaan yang naik menjadi 13 peratus. Di antara pelanggan baru itu, ramai pelanggan bukan Islam."
Pengarah Komersial IBB, Sultan Choudhury, berkata, orang kini beralih ke bank Islam kerana bank berasaskan Islam memiliki perlindungan yang lebih baik daripada pengaruh kredit tak berbayar yang saat ini menimpa bank konvensional. IBB, tambah Choudhury, tidak mengambil pinjaman berasaskan faedah daripada bank lain dan memiliki pelaburan berasaskan aset yang berkualiti tinggi.
Konsep syariah yang dilaksanakan dalam produk industri perbankan kini semakin bertambah dan meluas setelah wujudnya persaingan antara pengamal pasaran peringkat tempatan dengan pengamal pasaran antarabangsa.
Jika sebelum ini banyak produk perbankan Islam menggunakan konsep syariah yang terhad seperti wadi'ah termasuk yad al-damanah, murabahah, BBA, Inah dan bai al-dayn, kini banyak konsep syariah yang lain diguna pakai seperti ijarah, mudarabah, musyarakah dan tawarruq.
Perkembangan ini menunjukkan bahawa pengamal perbankan Islam kini semakin bersedia dan memahami keperluan kepada mempertingkatkan kepelbagaian produk bagi memenuhi kehendak pelanggan yang memerlukan kepada produk kewangan Islam yang patuh syariah. Selain inisiatif pengamal pasaran, ulama Islam juga mula menunjukkan kefahaman mereka terhadap struktur produk yang lebih kompleks dan pelbagai.
Kontrak yang diamalkan dalam kewangan Islam umumnya terbahagi kepada dua jenis kontrak iaitu kontrak yang bersifat 'uqud musamma' dan 'uquq mustajiddah'. Kontrak yang lahir daripada 'uqud musamma' lazimnya mudah dilaksanakan kerana segala syarat yang perlu ada pada kontrak itu telah dibahaskan oleh ulama fikah terdahulu seperti jual beli, ijarah, salam dan sebagainya. Sementara kontrak yang bersifat mustajiddah, maka ia perlu kepada takyif fiqhi yang jelas dan ijtihad secara kolektif agar pelaksanaannya lebih menepati asas syarak.
Lazimnya kontrak yang bersifat mustajiddah lebih banyak diamalkan dalam konteks kewangan semasa antaranya murabahah li al-amir bi al-syira', ijarah muntahiyah bi tamlik, musyakah mutanaqisah, qard, mudharabah, wakalah bi istithmar dan sebagainya.
Dengan istilah produk kewangan Islam ini sudah cukup dibuktikan bahawa sistem kewangan Islam memang inovatif dan ia sesuai untuk keperluan manusia di setiap tempat dan masa. Di samping itu, sistem ini adalah sistem terapan dari pemahaman terhadap al-Quran dan hadis Nabi yang sudah pasti akan membawa keberkatan.
Lihat dan renungkan penjelasan Nik Aziz (Menteri Besar Kelantan ) dalam komentarnya strategi ekonominya di Kelantan:
"Islam melarang duit membuat duit,mana boleh kita duduk diam-diam,duit datang berterusan,itu namanya riba, sebab itulah Kelantan dari awal lagi bila nak bagi pinjaman pada kakitangan untuk pembelian rumah,kenderaan dan komputer,mereka tidak dikenakan riba dan ini amat menyenangkan hati rakyat negeri ini,"katanya lagi.
Manakala ketika ditanya tentang pelaburan di negeri ini, Tuan Guru berkata kerajaan negeri tidak akan menghalang mana-mana negara luar yang ingin melabur dalam sektor perhotelan dan industri asalkan ianya tidak melanggar peraturan teras dari negeri ini seperti dalam bidang perhotelan, mereka mestilah tidak menyediakan kemudahan berjudi,minuman dari alkohol dan pelbagai kegiatan maksiat.
Cogan kata ini sentiasa bermain dibibir saya sejak Revolusi Iran dulu..
No East No West,
Islam is The Best!
Thursday, December 4, 2008
BANGKITLAH PERTAHANKAN BAHASA MELAYU
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dalam suatu kenyataannya, telah menyokong pendirian Rais itu.
Setiausaha Agung PKPIM Khairul Anwar Shazali berkata pihaknya turut menggesa agar semua pemimpin Melayu mencontohi ketegasan pendirian Rais itu demi memastikan nasib bahasa kebangsaan tidak pupus ditelan zaman.
- dipetik dari Utusan Malaysia 3 Disember, 2008.Inilah satu contoh menteri yang berani berterus terang dalam membela Bahasa Melayu supaya terus dimertabatkan. Seperti tulisan saya dalam post yang lalu, seharusnya persoalan bahasa Melayu ini tidak harus diperjudikan dan dipolitikkan kerana ia menyangkut langsung dengan kemandirian bahasa dan bangsa itu sendiri. Sudah sampai waktunya semua pihak yang waras akal fikirannya bersatu berganding bahu mengambil tindakan TEGAS supaya isu ini ditangani oleh Pak Menteri pelajaran tanpa lagi mencari-cari dalih dan dalil yang tidak masuk akal. ingatlah BAHASA ITU JIWA BANGSA. Berani kerana benar, takut kerana celaru dan dayus!!.
JIN DAN HANTU - KUPASAN DARI SUDUT SAINS
Masih ingat dengan filem Ghostbuster yang dihasilkan Hollywood, Amerika Syarikat pada 1984 memberi idea baru mengenai suatu perkara yang tidak pernah terlintas pada minda kebanyakan kita hantu atau makhluk ghaib mampu dicederakan dan diperangkap menggunakan peralatan sains dan teknologi.
Berbeza dengan ahli agama, penulis cuba memecahkan teka-teki makhluk paranormal itu dengan mencari penjelasan saintifik dengan mengkaji unsur kewujudan jin dan hantu dari sudut sains. Hasil kajian selama puluhan tahun itu memang tidak diduga kebanyakan kita! Siapa menyangka fiksyen sains dan dongeng seperti drakula terbakar apabila terkena sinaran matahari, hantu tidak muncul pada siang selain boleh ditangkap dan dicederakan menggunakan peralatan teknologi seperti filem Ghostbuster; semuanya berasas.
Malah, beberapa kepercayaan yang dianggap khurafat dalam masyarakat kita seperti meletakkan gunting besi berhampiran mayat atau menggantung cermin di hadapan pintu sebenarnya terbukti benar mengikut sains untuk menghindari gangguan hantu atau jin!
Jin dan hantu tidak memiliki unsur jasad menyebabkan mereka tidak dapat dilihat sebaliknya kewujudan mereka terbukti menerusi sains fizik kuantum dan mampu dikesan menggunakan teknologi gelombang. .Jin dan hantu wujud secara tidak nyata kerana tidak terikat kepada jisim, graviti bumi serta bebas daripada ikatan karbon, molekul dan zarah. Berbeza dengan manusia yang terbentuk daripada partikel halus atom atau unsur yang menyusun semua benda. Hantu dan jin bagaimanapun termasuk dalam ghaib nisbi dan boleh diukur menggunakan gelombang bunyi dan gema.
Apabila dari hasil kajian kita sudah memahami bagaimana unsur jin dan hantu daripada sudut fizik, usaha terpenting iaitu membantu manusia menghindari gangguan jin dan makhluk ghaib dapat dilakukan menerusi penciptaan penawar dan kaedah pemulihan menggunakan teknologi.
Oleh kerana jin dan hantu terdiri daripada unsur gelombang, mereka dapat menguasai ruang dan masa di dalam tubuh manusia yang mampu memberi impak negatif terhadap kesihatan sehingga ke tahap kerohanian. Malah, badan manusia yang memerangkap gelombang tidak sihat mampu memberikan kesan negatif terhadap jiwa seperti mengalami kelesuan kronik, hilang interaksi pada deria kehidupan, malah cenderung mencederakan diri sehingga membunuh diri. Kesan pada sistem tubuh secara fizikal pula boleh merosakkan organ dalaman tetapi punca keracunan dalam darah atau sebarang bentuk aktiviti kuman tidak dapat dikesan kerana ia terselindung di sebalik gas beracun. Apabila keadaan ini berlaku, pesakit pergi membuat pemeriksaan doktor tetapi doktor mengesahkan tiada kuman atau bakteria yang menyebabkan kecederaan dan pesakit adalah normal. Tetapi pesakit berasa sakit, ini adalah antara tanda gangguan jin.
Bagi merawat gangguan jin dan hantu, kaedah pemulihannya adalah dengan mengambil kembali ruang dan masa pada tubuh atau organ manusia yang diresapi jin atau hantu. Suatu gelombang infrasonik berfrekuensi amat rendah namun lebih kuat dirakam secara tetap dan berterusan, dipancarkan sehingga mengganggu gelombang jin yang sudah meresap ke suatu bahagian; apabila jin itu berasa tidak selesa, mereka akan keluar dengan sendirinya dan pesakit kembali pulih.
Bagi saya gangguan jin tidak berbahaya jika dapat dirawat pada peringkat awal. Amalan bacaan surah Yasin pula akan mengaktifkan reaksi kimia di dalam darah dan ini didapati memberi tekanan kepada hantu yang tidak dapat bertahan apabila peningkatan oksigen di dalam aliran darah sebagai tenaga murni dan suci, berlaku. Walaupun pada peringkat awal rasukan, tubuh pesakit seperti menjadi medan pertempuran untuk mengusir hantu yang menyelinap ke dalam ruang tubuh tersembunyi, namun akhirnya keadaan akan kembali seperti asal. Sebaiknya untuk merawat rasukan, hanya sapukan air sejuk atau ais yang akan memberi keseimbangan semula melalui rakaman gelombang infrasonik yang bersamaan dengan frekuensi doa yang ikhlas. Ia sudah cukup untuk mengeluarkan gelombang hantu serta mengembalikan ruang dan masa pada tubuh mangsa.
Berbanding rasukan atau gangguan hantu, perkara lebih bahaya adalah sihir yang mampu menyebabkan kematian dengan izin Allah, isteri membenci suami secara tiba-tiba, gangguan terhadap kesihatan fizikal dan menyebabkan pasangan tidak mendapat anak. Dalam kes pasangan tidak mendapat anak akibat sihir, ruang dan masa pada rahim isteri sudah dikuasai jin yang akan memakan benih suami atau isteri. Kita akan memasukkan gelombang berfrekuensi rendah yang bersamaan frekuensi ovum dan sperma, secara berterusan untuk menghalau gelombang jin daripada rahim isteri.
Banyak kes rawatan yang saya jalankan menemui pelbagai benda asing pelik seperti habuk kayu, kaca dan sebagainya terkeluar secara ghaib apabila gelombang dimasukkan ke dalam badan mangsa malah ketumbuhan yang terjadi pada organ juga ghaib apabila gelombang berfrekuensi rendah dirakamkan ke dalam air minuman (penawar) atau mandiannya, Usaha memancarkan gelombang bagi merawat gangguan makhluk halus juga sebenarnya tidaklah sesukar seperti kita bayangkan, tidak perlu peralatan menyerupai senjata, mesin yang besar sebaliknya gelombang boleh diperangkap dalam medium seperti air dan unsur sesuai.
Penciptaan Alat radionik iaitu teknologi merakamkan 99 frekuensi gelombang berdasarkan 99 getaran tenaga atom di dalam sukros (disket/globul) mampu menangani masalah tersebut. Pesakit hanya perlu memakan pil itu secara berterusan untuk memancarkan gelombang ke dalam badan. Ini saya lakukan dengan menggabungkan remedi homeopati yang saya formulasikan. Sesuatu yang menarik adalah teori drakula akan terbakar jika didedahkan kepada matahari, adalah benar. Jin adalah gelombang tidak seimbang manakala cahaya matahari berfungsi menyeimbangkan gelombang alam. Apabila gelombang tidak seimbang terdedah kepada matahari, ia akan musnah menjadi seimbang dan hantu itu akan terbakar. Besi pula mampu memerangkap gelombang buruk dan hantu tidak menyukai medan elektrik, jadi konsep hantu ditembak dengan elektrik untuk dicederakan dan disimpan dalam kotak besi seperti filem Ghostbuster adalah benar.
Begitu juga amalan meletakkan gunting besi berhampiran mayat kerana besi mampu memerangkap atau menarik muatan elektrik bercas positif yang terhasil apabila seseorang itu meninggal dunia. Cermin pula mampu menyerap cahaya termasuk gelombang elektromagnetik yang mempunyai kesan radiasi yang mencemarkan. Keadaan ini akan menghindarkan hantu dan jin yang gemar menimbulkan perkara yang tidak diingini. Perkara seperti ini bukan khurafat tetapi kita perlu memahami konsepnya, Suatu fakta ironi adalah kebanyakan manusia takutkan jin dan hantu walaupun hakikatnya, jin dan hantu juga takut berhadapan dengan manusia kerana penglihatan manusia memiliki foton cahaya yang cenderung mengeluarkan atau menderma elektron untuk membentuk ion positif. Jin dan hantu juga terbentuk daripada ion positif dan apabila ion positif bertemu dengan ion positif dalam kesatuan tenaga elektrik, ia mampu mencederakan atau menghindarkan mereka.
FAKTA: Daripada sudut sains, jin dan hantu takut kepada cecair gas nitrogen, ais, garam mentah, oksigen, cahaya, karbon dioksida, frekuensi kurang satu Hertz dan wangian.
Daripada sudut sains juga,jin dan hantu gemar kepada cuka, cendawan, bahan yang cepat busuk, bahan yang tinggi kandungan serat, gas beracun, bahan yang cepat teroksida (bertindak balas dengan oksigen), tinggi kandungan natrium, busuk dan najis.
Zikir memiliki gelombang tetap dan apabila diamalkan secara berterusan, gelombang zikir akan menguasai ruang kosong pada tubuh manusia dan menjadikannya mantap dan pejal menyebabkan tiada lagi ruang untuk dimasuki gelombang asing seperti jin, hantu dan makhluk halus jahat yang lain.
Monday, December 1, 2008
PELAKSANAAN PPSMI (PENGAJARAN & PEMBELAJARAN Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris)- ANTARA KEANGKUHAN DAN KEBENARAN
CELARU LAGI NAMPAKNYA. ...... dan akhirnya jika sekiranya Menteri Pelajaran membuat keputusan untuk meneruskan dasar ini, saya pasti bantahan demi bantahan akan terus dilakukan oleh mereka yang berfikiran waras dan ada keberanian! Polemik yang membuang masa dan tenaga akan terus berlaku. Meneruskan satu dasar yang tidak memberi faedah dan tidak didasari sebarang kajian disamping mendapat tentangan oleh pelbagai lapisan masyarakat pendidik hanya akan memberi kesan yang merugikan. CELARU...CELARU......CELARU.
Berikut saya kemukakan alasan kenapa dasar merugikan orang Melayu ini harus dihapuskan segera:
1) Sains dan Matematik tidak akan menjadikan seseorang menguasai Bahasa Inggeris kerana konsep-konsep ,simbol, dan angka-angka yang terdapat dalam kedua-dua matapelajaran ini tidak banyak bezanya dengan Bahasa Melayu. Penambahan perbendaharaan BI tidak banyak berlaku. Tak perlu tukar bahasa... memadai hanya tambah waktu belajar Bahasa Inggeris di sekolah.
2) Tidak pernah dilakukan sebarang kajian oleh mana-mana pihak mengenai penggunaan PPSMI dapat menambah penguasaan BI dikalangan pelajar. Ia hanya andaian dan retorik Mahathir semata-mata.
3) Sesuatu bahasa yang tidak digunakan untuk menjadi bahasa pengantar dalam matapelajaran bernilai ekonomi / keilmuan akan lenyap dan turun nilainya dikalangan masyarakat. Natijahnya bahasa itu akan diabaikan dan dilupakan.
4) Tidak ada sebarang bukti bahawa menggunakan Bahasa Inggeris dalam pendidikan menjamin kemajuan sesebuah negara. Lihat Jepun, Korea, mana ada guna Bahasa Inggeris. Tetapi boleh maju!! Lihat Filipina, 100% BI tapi mundur!!
5) Lebih 30 tahun Bahasa Melayu menjadi pengantar dalam semua matapelajaran dari sekolah rendah hingga universiti dan mampu digunakan di mahkamah, semua berjalan dengan baik dan membanggakan tanpa ada bantahan mana-mana pihak. Hasilnya amat ketara dan membanggakan. Bahasa Melayu semakin kaya, berwibawa dan berkembang.
6) Buatlah tinjauan kepada pelbagai sampel anggota masyarakat yang arif tentang pendidikan di negara kita (seperti guru-guru), pasti keputusannya ramai bersetuju agar PPSMI dihapuskan dan kembali kepada Bahasa Melayu. Silakan , lakukanlah.....
7) Keputusan dan laporan persidangan Meja Bulat tidak pernah dibentangkan apakah dapatan yang diperolehi.
8) Kajian juga tidak pernah dibuat terhadap mangsa dasar ini yang melibatkan murid dan para guru. Apakah kesan, tekanan, bebanan dan derita yang mereka tanggung ? Diluar bandar lebih-lebih lagi deritanya......! Seorang tenaga pengajar dari USA pernah membuat ulasan "Mengapa kamu laksanakan dasar bodoh ini, sudahlah sains dan matematik itu suatu matapelajaran yang sukar, diajar pula dalam bahasa asing yang bukan bahasa ibunda, pasti bertambah sukar dan menyusahkan pelajar.".......
Saudara, apakah agenda disebalik dasar PPSMI ini?? Apa sudah jadi dengan para pemimpin Melayu yang diberi pinjam sedikit kuasa memimpin sebelum nanti diambil alih oleh orang lain??
Benarkah mereka masih ada rasa sayang dan cinta dengan bahasa ibunda mereka?? atau mereka benar-benar sudah menjadi boneka kepada mana-mana dalang dibelakang tabir??
Pujangga lama mengingatkan kita, " Bahasa itu JIWA BANGSA" Kalau bahasa sendiri sudah diperkotak katikkan, apa lagi yang kita harapkan.? Sesunggunya para penjajah telah 51 tahun meninggalkan kita, tetapi agenda mereka masih kukuh dibenak dan pemikiran bekas anak-anak jajahan yang ditinggalkan yang mewarisi mentaliti mereka. Inilah yang dinamakan 'al-ghazwulfikr' atau penjajahan fikiran.
Sunday, November 30, 2008
KECELARUAN MINDA AKIBAT HATI GAGAL BERFUNGSI SEBAGAI CERMIN
Kalau mengikut kiraan berdasarkan Teori Letupan Besar (Big Bang Teori) yang di utarakan sekitar tahun 1930, dunia ini dianggarkan berusia sekitar 4.5 bilion tahun (4,500 juta tahun).
Sudah tua rupanya. Kewujudan manusia yang bermula dengan Adam diikuti oleh pasangannya bernama Hawa yang menjadi leluhur semua manusia, terjadi sekitar zaman Mesozoik jauh terkemudian berbanding kejadian bumi dan alam semesta.
Angkara Iblis laknatullah kedua-dua mereka dicampakkan ke bumi, kerana melanggar larangan Allah s.w.t . Pertemuan pasangan ini di Jabal Rahmah telah mengukir sejarah berkembang biaknya umat manusia di bumi ini hingga hari ini. Namun jangan lupa, sejarah perseteruan manusia akibat hasutan Iblis alaihi Laknat sehingga berlaku pertumpahan darah yang pertama di muka bumi juga berlaku tidak lama selepas itu. Ia melibatkan anak Adam iaitu Qabil membunuh Habil. Mengapakah pembunuhan tersebut berlaku? Ia bukan disebabkan oleh desakan akal fikiran, tubuh fizikal atau kerana ingin menunjukkan kekuatan. TETAPI ia terjadi kerana HASAD dan DENGKI yang sarangnya terletak di HATI manusia bernama Qabil.
INGAT hati ialah tempat bermulanya segala angkara.
Orang tertanya-tanya kenapa dewasa ini begitu bobrok masyarakat kita. Bukan setakat peringkat orang ramai yang bernama rakyat nampak bercelaru dengan berbagai kejadian buruk, tetapi menyedihkan kerana jenayah, dan seribu satu macam gejala hina telah melibatkan ramai pemimpin masyarakat yang sepatutnya dilantik dari kalangan yang terbaik dari kalangan ahli masyarakat. Nah, jawabnya ia berpunca dari hati yang tidak dididik, digilap dan dibersihkan dari pelbagai kekotoran. Justru, merawat hati adalah amat penting diberi penekanan dalam sistem pendidikan sama ada di rumah , disekolah dan dimana-mana institusi masyarakat yang lain. Hal ini telah lama di peringatkan oleh Rasulullah s.a.w yang menegaskan bahawa dalam diri manusia ada seketul daging , jika baik ia maka baiklah keseluruhan diri manusia itu, tetapi jika kotor maka rosaklah diri manusia itu (maksud Hadis). Kesedaran mula timbul dikalangan cendikiawan Barat dan timur akan pentingnya pendidikan memberi fokus kepada soal hati dan bukan semata-mata akal dan fizikal sahaja. Lalu timbullah istilah-istilah Kecerdasan Emosi (EQ) dan Kesedaran Spiritual ( SQ). Hakikat dan kebenaran peringatan Rasulullah lebih 1400 tahun yang lalu kini diakui selepas kegagalan sistem pendidikan yang bertunjangkan kecerdasan Intelek (IQ) mendominasi kekurangan dan ketidakseimbangan sistem pendidikan kita selama ini.
Oleh itu , kita sebagai Muslim perlu kembali kepada akar kita. Gilaplah hati kerana ia merupakan cermin yang dapat membantu kita mengenal Tuhan, dan membentuk akhlak yang terpuji jauh dari kebejatan dan kecelaruan. Bagaimana caranya??
قَالَ رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :
يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الْآخِرُ فَيَقُولُ مَنْ يَدْعُونِي فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ مَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ (صحيح البخاري
Sabda Rasulullah saw :
“Tuhan kita Yang Maha Luhur dan Maha Agung turun setiap malam kepada langit dunia ketika sepertiga malam terakhir, seraya menyeru : Adakah yang menyeru Ku maka Aku akan menjawab untuknya, adakah yang memohon pada Ku maka Aku akan memberinya, adakah yang beristighfar pada Ku maka akan Kuampuni untuknya” (Shahih Bukhari)
Setiap gerak gerik kenikmatan yang kita lakukan sampai setiap nafas kita, inilah ciri Kasih Sayang Allah kepada kita yang tidak akan diberikan dan tidak mampu diberikan oleh makhluk satu sama lainnya terkecuali Allah Sang Maha Pencipta.
Amat beruntung jiwa yang mengingat Allah, beruntung bibir yang menyebut Nama Allah, beruntung alam pemikiran yang memikirkan keagungan Ilahi.
Yang dimaksud adalah Allah itu senang semakin dekat, semakin dekat, semakin dekat kepada hamba hamba Nya disaat sepertiga malam terakhir semakin dekat Kasih Sayang Allah. Allah itu dekat tanpa sentuhan dan jauh tanpa jarak. Berbeza dengan makhluk, kalau dekat mesti ada sentuhan dan kalau jauh mesti ada jarak. “Allah laysa kamitslihi syai’un” (QS Assyura 11) (Allah tidak sama dengan segala sesuatu).
Allah Swt turun mendekat kepada hamba Nya di sepertiga malam terakhir maksudnya Allah membukakan kesempatan terbesar bagi hamba hamba Nya di sepertiga malam terakhir.
Sepertiga malam terakhir kira kira pukul 2 lebih dinihari.., kalau malam dibagi 3, sepertiga malam terakhir kira kira pukul 2 lebih, sampai sebelum adzan subuh itu sepertiga malam terakhir, waktu terbaik untuk berdoa dan bertahajjud.
Disaat saat itu kebanyakan para kekasih lupa dengan kekasihnya. Allah menanti para kekasih Nya. Sang Maha Raja langit dan bumi Yang Maha Berkasih Sayang menanti hamba hamba yang merindukan Nya, yang mau memisahkan ranjangnya dan tidurnya demi sujudnya Kehadirat Allah Yang Maha Abadi. Mengorbankan waktu istirahatnya beberapa minit untuk menjadikan bukti cinta dan rindunya kepada Allah.
Seseorang yang bersungguh sungguh berdoa di sepertiga malam terakhir sudah dijanjikan oleh Allah ijabah (terkabul). Kalau seandainya tidak dikabulkan oleh Allah berarti pasti akan diberi dengan yang lebih indah dari itu. “Wa man yastaghfiruniy fa aghfira lahu” (dan siapa yang beristighfar mohon pengampunan pada Ku disaat itu, akan Kuampuni untuknya). Betapa dekatnya Allah di sepertiga malam terakhir. Hadirin hadirat, disaat saat itu orang orang yang mencintai dan merindukan Allah pasti dalam keadaan bangun dan pasti dalam keadaan berdoa.
Diriwayatkan di dalam Shahih Bukhari “manusia yang paling khusyu’ (Sayyidina Muhammad Saw) didalam tahajjudnya baginda berdoa “Allahumma lakal hamdu antanurrussamawati wal ardh, Allahumma lakal hamdu anta qayyimussamawati wal ardh, Wa lakal hamdu anta rabbussamawati wal ardh””.
“Allahumma lakal hamdu antanurrussamawati wal ardh” (Wahai Allah bagi Mu puji – pujian yang indah, Engkaulah Cahaya langit dan bumi, yang Maha Menerangi langit dan bumi dengan kehidupan, kesempurnaan dan kemegahannya). Cahaya langit dan bumi, Dialah Allah. “Allahumma lakal hamdu anta qayyimussamawati wal ardh” (Wahai Allah bagi Mu puji – pujian yang indah, Engkaulah yang Membangun langit dan bumi). “Wa lakal hamdu anta rabbussamawati wal ardh” (dan untuk Mu puji – pujian, Engkaulah yang Memelihara langit dan bumi). Jika kita dalami ini sangat indah makna kalimat ini “Memelihara langit dan bumi”. Setiap sel yang merangkai manusia, merangkai haiwan, merangkai tumbuhan, merangkai bentuk seluruh sel itu mempunyai kehidupan dan memerlukan nafkah,makanan dan minumannya dan oksigennya dan kehidupannya dan pengaturannya. Siapa yang memeliharanya? Allah Swt.
“Rabbussamawati wal ardh” (Yang Memelihara langit dan bumi) Yang Mengatur matahari terbit dan terbenam, Yang Mengatur turunnya hujan dan tidak ada manusia yang mampu mengurangi setitis air hujan yang akan turun ke permukaan bumi. Allah jadikan hujan itu rahmat turun di permukaan bumi, Allah jadikan penghapusan dosa bagi mereka yang terkena musibah sebab hujan, Allah jadikan juga hujan itu “sa’atulijabah” (waktu yang diijabah) sebagaimana sabda Nabi saw “indahu…” (disaat turun hujan itu doa doa dikabulkan oleh Allah), maka berdoalah. Banyak turun hujan, banyak doa dikabulkan. Lalu bagaimana dengan datangnya musibah?, Berbelas hadits riwayat Shahih Bukhari dan Shahih Muslim bahwa “seluruh musibah bagi muslimin muslimat adalah penghapusan dosa baginya”. Jadi musibah itu penghapusan dosa tanpa istighfar.