Thursday, December 4, 2008

JIN DAN HANTU - KUPASAN DARI SUDUT SAINS

Ketika ramai pihak diganggu perasaan takut dan seram hanya sekadar membicarakan perihal makhluk ghaib bernama Jin (selalu disebut hantu) ini, ramai antara kita tidak menyedari bahawa kajian-kajian sains dan teknologi telah menemui beberapa kelemahan makhluk ini yang boleh kita manfaatkan apabila berhadapan dengan masalah angkara jin dan hantu.

Masih ingat dengan filem Ghostbuster yang dihasilkan Hollywood, Amerika Syarikat pada 1984 memberi idea baru mengenai suatu perkara yang tidak pernah terlintas pada minda kebanyakan kita hantu atau makhluk ghaib mampu dicederakan dan diperangkap menggunakan peralatan sains dan teknologi.

Berbeza dengan ahli agama, penulis cuba memecahkan teka-teki makhluk paranormal itu dengan mencari penjelasan saintifik dengan mengkaji unsur kewujudan jin dan hantu dari sudut sains. Hasil kajian selama puluhan tahun itu memang tidak diduga kebanyakan kita! Siapa menyangka fiksyen sains dan dongeng seperti drakula terbakar apabila terkena sinaran matahari, hantu tidak muncul pada siang selain boleh ditangkap dan dicederakan menggunakan peralatan teknologi seperti filem Ghostbuster; semuanya berasas.

Malah, beberapa kepercayaan yang dianggap khurafat dalam masyarakat kita seperti meletakkan gunting besi berhampiran mayat atau menggantung cermin di hadapan pintu sebenarnya terbukti benar mengikut sains untuk menghindari gangguan hantu atau jin!
Jin dan hantu tidak memiliki unsur jasad menyebabkan mereka tidak dapat dilihat sebaliknya kewujudan mereka terbukti menerusi sains fizik kuantum dan mampu dikesan menggunakan teknologi gelombang. .Jin dan hantu wujud secara tidak nyata kerana tidak terikat kepada jisim, graviti bumi serta bebas daripada ikatan karbon, molekul dan zarah. Berbeza dengan manusia yang terbentuk daripada partikel halus atom atau unsur yang menyusun semua benda. Hantu dan jin bagaimanapun termasuk dalam ghaib nisbi dan boleh diukur menggunakan gelombang bunyi dan gema.

Apabila dari hasil kajian kita sudah memahami bagaimana unsur jin dan hantu daripada sudut fizik, usaha terpenting iaitu membantu manusia menghindari gangguan jin dan makhluk ghaib dapat dilakukan menerusi penciptaan penawar dan kaedah pemulihan menggunakan teknologi.

Oleh kerana jin dan hantu terdiri daripada unsur gelombang, mereka dapat menguasai ruang dan masa di dalam tubuh manusia yang mampu memberi impak negatif terhadap kesihatan sehingga ke tahap kerohanian. Malah, badan manusia yang memerangkap gelombang tidak sihat mampu memberikan kesan negatif terhadap jiwa seperti mengalami kelesuan kronik, hilang interaksi pada deria kehidupan, malah cenderung mencederakan diri sehingga membunuh diri. Kesan pada sistem tubuh secara fizikal pula boleh merosakkan organ dalaman tetapi punca keracunan dalam darah atau sebarang bentuk aktiviti kuman tidak dapat dikesan kerana ia terselindung di sebalik gas beracun. Apabila keadaan ini berlaku, pesakit pergi membuat pemeriksaan doktor tetapi doktor mengesahkan tiada kuman atau bakteria yang menyebabkan kecederaan dan pesakit adalah normal. Tetapi pesakit berasa sakit, ini adalah antara tanda gangguan jin.

Bagi merawat gangguan jin dan hantu, kaedah pemulihannya adalah dengan mengambil kembali ruang dan masa pada tubuh atau organ manusia yang diresapi jin atau hantu. Suatu gelombang infrasonik berfrekuensi amat rendah namun lebih kuat dirakam secara tetap dan berterusan, dipancarkan sehingga mengganggu gelombang jin yang sudah meresap ke suatu bahagian; apabila jin itu berasa tidak selesa, mereka akan keluar dengan sendirinya dan pesakit kembali pulih.

Bagi saya gangguan jin tidak berbahaya jika dapat dirawat pada peringkat awal. Amalan bacaan surah Yasin pula akan mengaktifkan reaksi kimia di dalam darah dan ini didapati memberi tekanan kepada hantu yang tidak dapat bertahan apabila peningkatan oksigen di dalam aliran darah sebagai tenaga murni dan suci, berlaku. Walaupun pada peringkat awal rasukan, tubuh pesakit seperti menjadi medan pertempuran untuk mengusir hantu yang menyelinap ke dalam ruang tubuh tersembunyi, namun akhirnya keadaan akan kembali seperti asal. Sebaiknya untuk merawat rasukan, hanya sapukan air sejuk atau ais yang akan memberi keseimbangan semula melalui rakaman gelombang infrasonik yang bersamaan dengan frekuensi doa yang ikhlas. Ia sudah cukup untuk mengeluarkan gelombang hantu serta mengembalikan ruang dan masa pada tubuh mangsa.

Berbanding rasukan atau gangguan hantu, perkara lebih bahaya adalah sihir yang mampu menyebabkan kematian dengan izin Allah, isteri membenci suami secara tiba-tiba, gangguan terhadap kesihatan fizikal dan menyebabkan pasangan tidak mendapat anak. Dalam kes pasangan tidak mendapat anak akibat sihir, ruang dan masa pada rahim isteri sudah dikuasai jin yang akan memakan benih suami atau isteri. Kita akan memasukkan gelombang berfrekuensi rendah yang bersamaan frekuensi ovum dan sperma, secara berterusan untuk menghalau gelombang jin daripada rahim isteri.

Banyak kes rawatan yang saya jalankan menemui pelbagai benda asing pelik seperti habuk kayu, kaca dan sebagainya terkeluar secara ghaib apabila gelombang dimasukkan ke dalam badan mangsa malah ketumbuhan yang terjadi pada organ juga ghaib apabila gelombang berfrekuensi rendah dirakamkan ke dalam air minuman (penawar) atau mandiannya, Usaha memancarkan gelombang bagi merawat gangguan makhluk halus juga sebenarnya tidaklah sesukar seperti kita bayangkan, tidak perlu peralatan menyerupai senjata, mesin yang besar sebaliknya gelombang boleh diperangkap dalam medium seperti air dan unsur sesuai.

Penciptaan Alat radionik iaitu teknologi merakamkan 99 frekuensi gelombang berdasarkan 99 getaran tenaga atom di dalam sukros (disket/globul) mampu menangani masalah tersebut. Pesakit hanya perlu memakan pil itu secara berterusan untuk memancarkan gelombang ke dalam badan. Ini saya lakukan dengan menggabungkan remedi homeopati yang saya formulasikan. Sesuatu yang menarik adalah teori drakula akan terbakar jika didedahkan kepada matahari, adalah benar. Jin adalah gelombang tidak seimbang manakala cahaya matahari berfungsi menyeimbangkan gelombang alam. Apabila gelombang tidak seimbang terdedah kepada matahari, ia akan musnah menjadi seimbang dan hantu itu akan terbakar. Besi pula mampu memerangkap gelombang buruk dan hantu tidak menyukai medan elektrik, jadi konsep hantu ditembak dengan elektrik untuk dicederakan dan disimpan dalam kotak besi seperti filem Ghostbuster adalah benar.

Begitu juga amalan meletakkan gunting besi berhampiran mayat kerana besi mampu memerangkap atau menarik muatan elektrik bercas positif yang terhasil apabila seseorang itu meninggal dunia. Cermin pula mampu menyerap cahaya termasuk gelombang elektromagnetik yang mempunyai kesan radiasi yang mencemarkan. Keadaan ini akan menghindarkan hantu dan jin yang gemar menimbulkan perkara yang tidak diingini. Perkara seperti ini bukan khurafat tetapi kita perlu memahami konsepnya, Suatu fakta ironi adalah kebanyakan manusia takutkan jin dan hantu walaupun hakikatnya, jin dan hantu juga takut berhadapan dengan manusia kerana penglihatan manusia memiliki foton cahaya yang cenderung mengeluarkan atau menderma elektron untuk membentuk ion positif. Jin dan hantu juga terbentuk daripada ion positif dan apabila ion positif bertemu dengan ion positif dalam kesatuan tenaga elektrik, ia mampu mencederakan atau menghindarkan mereka.

FAKTA: Daripada sudut sains, jin dan hantu takut kepada cecair gas nitrogen, ais, garam mentah, oksigen, cahaya, karbon dioksida, frekuensi kurang satu Hertz dan wangian.

Daripada sudut sains juga,jin dan hantu gemar kepada cuka, cendawan, bahan yang cepat busuk, bahan yang tinggi kandungan serat, gas beracun, bahan yang cepat teroksida (bertindak balas dengan oksigen), tinggi kandungan natrium, busuk dan najis.

Zikir memiliki gelombang tetap dan apabila diamalkan secara berterusan, gelombang zikir akan menguasai ruang kosong pada tubuh manusia dan menjadikannya mantap dan pejal menyebabkan tiada lagi ruang untuk dimasuki gelombang asing seperti jin, hantu dan makhluk halus jahat yang lain.

3 comments:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
et_syahirah said...

hmmm..kupasan yg mnarik skali en nashuha!! syabas!!! owhh...,,barula sy tau skang neh....hm, bye en pensyarah "cemerlaang"

~oWn~ said...

HUHUHUHUHUHUHU....begitu rupanyer yer.... jd lepas nih buleh la saya nk letak gunting kat sume penjuru tingkap n pintu ye.....
hmm...saya nih ada satu soalan....
betulkah bila hantu menjelmakan dirinyer ia menggunakan byk tenaga? jadi, jika dia menjelma, ini bermakna dia sgt lemah krn menggunakan byk tenaga??

lagi satu, macam mn pulak konsep syaitan kene ikat di bulan puasa? knapa sering terdengar cerita2 mengenai kewujudan benda2 nih walopun dlm bulan ramadhan??
saya ni ckonpius la encik dr.... camner tuh encik doktor????
-own-