Sunday, December 28, 2008

MENGAPA HARGA SAWIT DAN GETAH JATUH MERUDUM BEGITU TERUK SEKALI?

Semasa pilihan raya umum ke-12 pada bulan Mac lalu, harga komiditi kelapa sawit mencecah RM850 setan, manakala harga getah RM4.50 sen sekilogram.

Sekarang ini, harga kelapa sawit merudum kepada RM250 setan dan getah pula sembilan puluh sen sekilogram.

Perit, sakit dan meggigit-gigit, membuahkan rasa sebak, dan ingin memberontak! itulah barangkali keadaan yang dirasai oleh para penoreh, pekebun, peladang dan semua yang terlibat dengan industri pertanian.

Alasan yang diberi oleh pemimpin kerajaan masih lagu lama, berlaku lambakan hasil di pasaran dunia. Hanya Malaysia, Indonesia dan Thailand pengeluar utama sawit dan getah iaitu dengan permintaan dan penggunaan kian berkembang, adakah itu alasannya?

Kos sara hidup pula begitu tinggi dan ini menyebabkan keadaan inflasi dijangka naik melebihi lima peratus pada tahun 2009 ini.

Sebelum ini Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak memberi jaminan ekonomi negara tidak terjejas meskipun berlaku kelembapan ekonomi dunia bagaikan tidak berpijak di bumi yang nyata.

Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MFF) menganggarkan 200,000 hingga 400,000 pekerja akan hilang pekerjaan pada suku pertama dan kedua tahun 2009 ini.

Jabatan Tenaga Kerja (JKT) memaklumkan seramai 4,749 pekerja akan diberhentikan oleh 102 majikan dalam tempoh tiga bulan ekoran krisis ekonomi global.
Sekalipun ada Akta Kerja 1955 untuk menjamin majikan membayar pampasan dengan jumlah tertentu, ada pekerja yang tidak dibayar gaji dan pampasan kedengaran di sana sini.

Saudara,
Jawapan yang benar-benar jelas, telus dan meyakinkan perlu diberi oleh pihak kepimpinan kerajaan untuk memberi kefahaman dan menghilangkan keresahan rakyat.
Macamana? Boleh dapat jawapannya semasa kempen pilihanraya kecil Kuala Terengganu ke?

1 comment:

perundingbebas said...

Assalamualaikum,
TAHNIAH DI ATAS KELAHIRAN BLOG INI.
Semoga ia turut merancakkan lagi dunia blogger.

Isu harga sawit dan getah merudum sememangnya hangat diperkatakan.

Kalau mengikut teori ekonomi yang paling asas, harga akan meningkat jika permintaan meningkat,harga akan turun jika permintaan menurun dan titik pulang modal berlaku jika permintaan = penawaran.
Itu teori asas ekonomi.
Sebenarnya kita tidak jelas ke mana kita jual produk berasaskan sawit dan getah kita? Sama ada bentuk raw atau finish goods.
Tugas kerajaan pada saya ialah menerokai pasaran baru di peringkat global dengan pakej-pakej pemasaran yang mampu menarik perhatian bakal pembeli.
Soalnya sekarang statistik penjualan/pasaran kedua-dua komoditi tadi tidak dimaklumkan kepada umum.

Ada juga yang percaya dengan teori 10. Di mana setiap 10 tahun ekonomi dunia dan negara akan merudum. Apa asas dakwaan ini kurang pasti.

Satu lagi saya teringat pendapat seorang petani dari Johor yang berseloroh mengatakan bahawa harga sawit dan getah serta buah-buahan sering turun sebab kita yang menurunkannya. Apa tidaknya potong buah sawit turunkan dari atas pokok ke bawah. Menoreh getah turunkan dari atas ke bawah. Buah durian jatuh dari atas ke bawah. Jadi asyik turun aje sebab itulah harganya pun selalu turun.

Kami dari kumpulan perunding bebas juga sedang menjalankan kajian dan meninjau pendapat umum tentang harga barangan harian yang masih mahal walaupun harga petrol dan diesel telah turun.
Sila jawap soalan berikut:-

SETUJUKAH ANDA JIKA HARGA BARANGAN HARIAN TERUS DINAIKKAN WALAUPUN HARGA PETROL DAN DIESEL TELAH MENURUN?

Hantarkan jawapan anda melalui SMS dengan menaip

BSTARZ jarak BS jarak KAJIAN jarak HARGA jarak SETUJU/TIDAK SETUJU

dan hantar ke 32300

Terima kasih di atas kerjasama anda.


Jumpa lagi
wassalam

perundingbebas