Monday, August 17, 2015

YANG GUGUR, MUNDUR DAN UNGGUL




 YANG GUGUR, MUNDUR  DAN  UNGGUL

Gelanggang perjuangan itu,
Tidak pernah mungkir,
Menpersembah dan mempamir ,
Sedang ramai pula yang mundar mandir,
Tak kurang juga yang masih terus pandir.

Yang Gugur,  yang Mundur dan yang  Unggul,
Terus berulang, berputar  mengisi ruang tersohor,
Di sepanjang garis sejarah peradaban insan termasyhur,
Seumpama bunga-bunga berkembang, layu dan jatuh gugur,
Seperti di sebut di nukil oleh Mustafa Masyhur.

Pejuang  yang Gugur,
Hanya mencari habuan, nama dan mayhur,
Kerap terlena dibuai mimpi menghibur,
Perasan diri hebat, kuat, alim dan takabbur,
Orang lain semua tolol, jebon dan kufur.

Pejuang Yang  Mundur,
Lari, melompat tidak yakin, matlamat kabur,
Takut, kedekut menguasai diri semangat luntur,
Abdulah bin Ubai tokoh Munafik contoh tersohor.

Pejuang unggul,
Rebus tak empuk bakar tak hangus,
Hinaan caci nista diterima terus menerus,
Dipukul didera dipenjara , sakit lapar dan haus,
Membujur lalu , melintang patah kata pemutus,
Suara rakyat suara keramat semangat tak lupus,
Kemenangan atau Syahid natijah yang harus.

Selagi ada generasi  bani Adam,
Selagi itu Iblis berdendam menggodam,
Dam!….dam!….dam!…dam! ….dam !
Dimana ada Khomeini, di sana ada Bush dan Saddam,
Dimana ada Dajjal, di sana ada  Isa ‘alaihissalam,
Sehingga  Israfil meniup sangkakala  menghunjam.
Yang Gugur, Mundur dan Unggul akan tamat dan terpadam,
Neraka dan Syurga menanti sebagai balasan.

Mohd Nashuha  Jamidin Al Pontiani.
18 Ogos 2015.

Saturday, August 1, 2015

RENUNGAN BUAT SI PENGECUT



RENUNGAN BUAT SI PENGECUT
Wahai Si Pengecut….
Pengecut itu sifat terburuk
dari segala sifat yang buruk
Tidak bisa sempurna dalam amal,
Tidak mungkin dapat laksana kewajiban,
Lantaran gagal laksanakan hak-hak Tuhan
Wahai Si Pengecut…
Kepengecutan mu menjadi hijab,
mencegah mungkar membenci maksiat,
menyeru ma’aruf menunaikan zakat,
melawan kezaliman merajalela
membantu Si miskin papa kedana,
Wahai Si Pengecut….
Kepengecutan itu sifat tercela,
petanda agama tidak sempurna
Hina besi kerana karat,
Hina manusia kerana pengecut dan bejat
Ya Allah.......
Hanya kepada Mu aku tunduk dan takut,
Aku berlindung kepada Mu sebelum Kau jemput,
Dari sifat malas, bodoh dan kalut,
Dari sifat lemah, gelojoh dan pengecut.
Hanya kepada Mu tempat ku berpaut dan sujud.
Mohd. Nashuha Jamidin Al Pontiani
1 Ogos 2015

MOTIVASI MENDEKTKAN DIRI KEPADA ALLAH

Description: https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xta1/v/t1.0-1/p32x32/11209470_10203056435810804_4071571245585057817_n.jpg?oh=737f9bdfc2813af43485945192403af5&oe=565A8823&__gda__=1448420621_07f8c02083618a2e968fcff0bd30d4ef


BACA DENGAN HATI
Tlg baca walau sesibuk mana..motivasi yg sgt hebat..masya Allah
Bacalah cukup menginsafkan
LELAKI TUA BERKAIN PELIKAT BACA AL QURAN SETIAP KALI LEPAS ASAR SAMPAI MAGHRIB...
Tulisan Dato Roslan Abd Hamid
Saya jumpa lelaki tua ini..
Selalu lepas Asar, dia iktikaf di Masjid..
Baca al Quran..
Umur dlm 70an..
Duduk rumah dkt masjid..
Rumah agam besar & menarik..
Hartanya di sana sini..
Ada bangunan komesil tengah bandar, bernilai dlm RM 35 juta..
Pendapatan pasif kutip sewa dlm RM70k sebln...
Belanja RM 20k & baki RM50k, dia sedekah & infaq..
Dia tenang bersendirian melayani anak cucu..
Saya mahu ambil gambar, tapi dia menolak..
Katanya malu..
Saya minta 1 formula, dia berikan 10...
Saya catat & mahu kongsikan..
1. Pertama, dia kata muliakan ibu bapa..
Doa ibubapa adalah segala galanya..
Ia tiada hijab, terus termakbul..
Raikan ibubapa & jaga mereka sepanjang usia..
Doakan mereka apabila telah tiada..
2. Jaga masa..
Ia datang & berakhir..
Urus masa antara 5 waktu solat..
Atur kerja dgn sebaik cara..
Pada setiap waktu, ada perkara yg kita mulakan..
Berada di masjid, sebelum azan..
Masuk waktu, terus lah solat.. Selepas solat, bertebaran lah berusaha cari rezeki..
3. Berdoa dgn khusyuk..
Berserah pada Allah & bertawakal lah..
Allah tahu apa yg terbaik utk kita..
4. Namun begitu, kena lah berusaha..
Usaha pagi ptg siang & mlm..
Usaha lah bersungguh2..
Usaha bermula dgn berniat..
Lepas itu buat, sampai dpt..
Kalau tak dpt, usaha yg lain pula..
Adakan masa utk baca
Al-Quran..
Maka dia pun nasihatkan saya..
"Org yg membaca surah Al-Ikhlas satu kali, sama ganjarannya dgn memperolehi ganjaran membaca 1/3 Al-Quran..
Jadi jika membaca surah
Al-Ikhlas 3 kali, mendpt ganjaran seperti membaca 1 naskah Al-Quran..
Lelaki tua itu berkata, mulut dia tidak berhenti baca surah al Ikhlas..
Kadang2 sampai 1000 kali sehari..
5. Jaga Kesihatan..
Banyak kan berjalan kaki..
Banyaknkan minum air masak atau air mineral..
Jaga pemakanan..
6. Hidup kena buat target & kena ada wawasan..
Ikat perut & usah membazir..
Makanan & minuman mesti lah dihabiskan..
Usah berlagak org kaya, padahal kita teman pada syaitan..
Sentiasa lah belanja org mkn & minum..
Apabila mkn di kedai yg kecil, perhatikan kebersihan kedai itu..
Apabila bersih masuk..
Disitu kita akan temui ramai org susah..
Belanja mereka mkn & minum..
7. Bila waktu maghrib, usah berada di atas jln...
Apabila dlm perjalanan, berhenti..
Cari lah masjid..
Apabila di rumah, tutup pintu rapat2..
Malam, buang sampah sarap..
Basuh pinggan mangkuk..
Pastikan semua teratur sebelum tidur..
Gunakan waktu antara maghrib & isyak utk tuntut ilmu agama..
Boleh dgr org mengajar..
Boleh juga baca kitab..
Lepas Isyak, buat kira2 untung & rugi..
Siapkan bahan utk kerja esok hari..
8. Usah takut jumpa org..
Walau pun 5 minit mahu berjumpa., pergi lah sendiri..
Usah pakai posmen apabila depani soal penting..
Biar kita merangkak panjat bangunan..
Biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan..
Yg penting, sampaikan dgn tgn sendiri..
9. Balik mlm, usah cakap penat, usah cakap letih..
Usah cakap sakit..
Apabila sakit, senyum..
Allah sedang luruhkan dosa.. Lepas sakit, kita akan lagi bertenaga..
Siapakah dlm dunia nie yg tidak pernah rasa sakit, jatuh & dihina..
Semua pernah, termasuk lah Rasulullah SAW..
Namun, baginda ajar kita utk maafkan semua org..
10. Niat kan mahu kaya..
Niat kan mahu bantu ramai org..
Niat mahu jadi manusia berguna..
Niat itu macam tulis surat..
Dulu tiada internet, mcm tulis surat lah..
Salah tulis alamat, akan sampai salah tempatlah surat itu..
Maka tulis alamat betul2.. .
Share lah digroup lain...ayuh kita istiqamah dlam amalan kebaikan...yang baik jadikan qudwah yang buruk jadikan dakwah...bersama amar maaruf nahi mungkar.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم MUHASABAH HARI INI... KEISTIMEWAAN MANUSIA BERNAMA IBU
1. Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang, ibu2 jangan jatuh air mata dan anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Biarlah Ibu menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.
2. Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka Ibu/anak, sebab wajah orang tidur akan menmpakkn segalanya
ADA 3 MATA YG TIDAK DIJILAT API NERAKA..
» Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
» Membaca Al-Qur’an sehingga menitis air mata.
» Memandang wajah Ibu yang sedang tidur / sedar hingga berlinangan air mata.
3 Orang yang kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidur.
» Anak
» Ibu
» Suami / Isteri
1. Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menunjukkan sesuatu pada Ibu/bapa.
2. Barang siapa yang tidak men-doakan ibu/bapa selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibu/bapanya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu/bapa masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti mendoakannya.
3. Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakanlah Ibu/bapa kita yang telah tiada.
4. Ketika melalui kubur, perlahankan kenderaan (jika sdg menaiki kndraan) dan beri salam, mereka akan doakan kita “berkatilah si pulan ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini” Jadi, jangan lupa bagi salam.
5. Tanda-tanda siksa Allah atas muka bumi ini antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan zakat.
6. Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya.
7. Jika mak ayah kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada perntukan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah.
“Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibu/bapaku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibu/bapaku”.
Itu yang yang buat ibu/bapa kita bahagia di sana.
8. Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah Ibu/bapa kita baru kita ringan tangan nak ber-sedekah.
9. Allah panjangkan usia Ibu/bapa supaya mereka sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak2nya. Jagalah mereka dengan baik Insyallah, syurga balasanya. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebut-lah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.1
10. Allah kalau boleh tak nak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk mmbersihkan kita sebelum dia mengambil kita.
ANAK2 BERMASALAH
LARI DARI RUMAH
1. Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari.
2. Masa laungan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepdanya.
DEGIL
1. Bila anak dah tidur, duduk di hujung kepala panggil ROH ANAK
» Wahai roh anakku “nama anak”, jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibubapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia.
Oleh kerana sahabat2 dalam group ni saya sayangi...
Dengan niat yg baik ikhlas kerna Allah same2 berdoa
"Yaa Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.... Orang Yg M'baca Ini Adalah Org Yg Baik & Setia, Kuat
Sabar

Sayangilah Dia Serta Kasihilah Dia

Tolong Bantu Tingkatkan Kehidupannya

Mudahkan Rezekinya

Sihatkan Tubuh Badannya

Jika Dia Melangkah

Selamatkanlah Dia

Mudahkan Langkahnya

Aaminn…
Kirim Ke-9 Teman Yg Kmu Sayangi Dalam Waktu 9 Minit
Hidupmu Akan Bahagia Kerana 9 Orang Itu Juga akan Mendoakanmu…
Wassalam
Ust. Sihabuddin Muhaemi



Thursday, July 30, 2015

DI TENGAH KEMELUT NEGARA KITA HARAPAN BARU DATANG MEMBELA



DI TENGAH KEMELUT NEGARA KITA
HARAPAN BARU DATANG MEMBELA
1MDB punya angkara,
Satu Negara habis bercempera,
Rakyat meraba terpinga-pinga,
Tetiba TPM dilucut jawatannya
Siakap Senohong Gelama Ikan Duri,
Keli merajuk membawa diri
Bercakap bohong lama-lama jadi menteri,
Dah jadi menteri kerjanya asyik mencuri
Negara ku indah Swarna Bumi,
Bukit Aman dah tak aman lagi,
Gerangan apa yang sudah terjadi?
Peguam Negara tiba-tiba ditukar ganti,
Pengerusi PAC dah jadi menteri,
Ketika siasatan sedang berjalan,
Gabenur Bank Negara dituduh Korupsi,
Rakyat semakin pelik bercampur hairan
Banyak Hantu Mambang dan Pari,
Tidak kan sama Pocong dan Polong,
Diam membatu buat bodoh konon strategi,
Memakan diri bila rakyat bangkit melolong.
Dulu dia dinista difitnah dan diperdaya,
Kini berehat di dalam penjara,
Pemfitnah penzalim kini menuai hasilnya,
Siang diburu dosa, malamnya tidor tak lena.
Ekonomi Negara jatuh merudum,
3 ringgit kita satu dollar Singapura
Pemimpin berpidato bedegar berdentum.
Negara hampir bengkrap pemimpin terus berpura.
Harapan Baru bakal dinobat,
Membawa agenda adil dan benar,
Kuatkan Pakatan berjuang berjihad,
Mendung berarak mentari menyinar.
Mohd Nashuha Jamidin Al Pontiani
30 Julai 2015

Friday, July 17, 2015

BUAT KESEKIAN KALI IDILFITRI




BUAT KESEKIAN KALI  IDILFITRI

Buat kesekian kali Idilfitri,
Engkau masih setia  datang lagi
Menutup tirai madrasah Ramadhan,
Terlalu berat untuk ku lepaskan pergi
Kerana aku tak pasti akan  bertemu  lagi

Buat kesekian kali Idilfitri,
Semoga dalam kemeriahan ini,
Hati ini tetap menggenggam erat
Tarbiyah Ramadhan tanpa syarat
Dalam alpa dan dosa ….aku takut
Dalam ingat dan taat… …aku mengharap
Takut akan murka Mu !
Mengharap akan maghfirah Mu!

Buat kesekian kali  Idilfitri,
Berikanlah kemaafan itu
Lepaskanlah segala belenggu
Pada dendam dan amarah
Tanpa ragu dan berpaling malu

Buat kesekian kali Idilfitri,
Berilah senyuman itu
Ikatkan doa yang suci dan syahdu
Pada salam yang terhulur
Semoga  jiwa kan terhibur
Memacu iman dan amal kian subur.

Mohd Nashuha Jamidin Al Pontiani
18 Julai 2015





Thursday, July 2, 2015

KETIKA KAU PERGI TANPA PAMIT


 KETIKA KAU PERGI TANPA PAMIT

Tengah hari  itu…
gugur butiran air mata di wajah Ku
Hibanya hati melepaskan KAU pergi
Bukan tidak redha,
Tapi itulah hati seorang TEMAN
pasti ada rasa cinta!
Pada akrab sekian lama yang terpisah
Tanpa suara tidak juga jasad nyata
Hanya bicara di alam maya.

Namun ia bagai isi dgn kuku…
Bagai cinta Uwais dengan Rasulullah,
Ku gagahi,  ku insafi seadanya,
bahawa hakikatnya kita semua hamba
Yang terpaksa akur dengan takdir-Nya
Jalan mujahadah menggamit kelangsungan budi
Setia seorang teman menabur jasa kpd ayah bonda
Sepenuh jiwa raga, moga kau ditempatkan di Syurga.

makam itu cuma semadi jasad…
Tapi dian batinnya terus menyala
Pada sebuah amanat di sisi teman setia
Yang kaget dan terkesima

Ya Ilahi Robbi….
Sesekali ketika rawan diusik kenangan…
Berteduh di sejuk wudhuk menawar gundah
Istirahat hati pada satu hakikat…
Cintaku hanya sedebu cinta-Nya
Ku relakan kau  pergi…
Menemui teman mu di daerah tinggi!
Aku yang kau tinggal,
Kapan saja bakal menyusul pergi….


Mohd Nashuha Jamidin Al Pontiani,
Jumaat 3 Julai 2015


Sunday, June 21, 2015

MADRASAH RAMADHAN




MADRASAH RAMADHAN
Ramadhan datang lagi,
Menjanjikan rahmat, berkat dan keampunan,
Bulan ujian latihan dan peperangan
Mekanisme terbaik pendidikan
Dalam semua dimensi kehidupan.
Ramadhan datang lagi,
Disitulah iman kita dicuba,
Tidak akan berputus asa,
Atas Rahmat Allah Yang Maha Kuasa,
Kecuali orang-orang yang imannya sirna,
Teguh berharap Rahmat Allah Yang Esa,
Bagi orang yang imannya tertancap kuat di dada.
Ramadhan datang lagi,
Mengimbau peristiwa tanzil Quran suci
Iqra’…pentingnya ilmu bagi manusia memahami,
Al-Quran bukan sekadar mu’jizat dari Ilahi,
al-Quran adalah petunjuk penuh makna dan identiti.
Ramadhan datang lagi,
Menggamit taqwa dan redha ilahi,
Bukan sekadar menahan lapar dahaga dan nafsu berahi,
Tetapi pengawalan panca indera minda hati serta emosi,
Sehingga roh dan jiwa sentiasa menyerah, taqwa dan dibimbing Ilahi.
Mohd Nashuha Jamidin Al Pontiani,
13 Jun, 2015

Thursday, June 11, 2015

SAKIT GINJAL...SEMBUH DENGAN KHASIAT DAUN SUKUN



Sakit Ginjal Sembuh Berkat Daun Sukun
Posted on March 12, 2012

Pengalaman Dadang Subrata, wakil direktur PT Bank Pasar Nusantara itu sudah harus menjalani Cuci darah rutin bahkan mungkin dia sudah harus kehilangan ginjalnya.
Alhamdulillah berkat sarannya mengkonsumsi daun sukun menyelamatkan ginjalnya.
Rebusan daun sukun yang rutin diminum membuat ia bebas beraktivitas. Sebelum minum ramuan tradisional, rasa sakit pada bagian pinggang selalu mengganggu aktivitasnya. Badan menjadi sangat cepat lelah, lesu, dan wajah tampak pucat lusuh.
Apalagi jika ingin buang air kecil, “Benar-benar tersiksa luar biasa. Bisa berjam-jam hanya untuk setetes air seni,” paparnya.
Saran Ny.Kusnadi untuk minum air rebusan daun sukun itu datang di saat kritis.
Ketika itu hasil pemeriksaan intensif di RS Gatot Soebroto awal 1999 memperlihatkan, ginjal kiri pria berusia 70 tahun itu sudah tak berfungsi. Dadang mengetahui penyakitnya setelah kronis.
“Sebelumnya saya tidak ada keluhan dengan ginjal,” papar pria kelahiran Tasikmalaya. Sesekali dia pernah merasakan sakit pinggang.
“Namun, saya pikir karena capai karena kerja saja.”
Apalagi dia tak merasakan sakit saat buang urine. Toh, Dadang tetap ragu sebab bobot badan turun, dari 80kg drastis menjadi 60kg.
Awalnya ia dirujuk ke RS Jantung Harapan Kita. Namun, jantungnya dinyatakan
sehat dan tidak masalah. Akhirya dia datang ke RSPAD Gatot Soebroto untuk pemeriksaan kondisi ginjal hingga diketahui mengalami gagal ginjal bagian kiri.
Memang Dadang mungkin tak harus cuci darah.
Sebab menurut dr. H. J.Pudji Rahardjo, Kepala Sub Bagian Ginjal RS Cipto Mangunkusumo, pasien gagal ginjal tak selalu harus cuci darah bila hanya satu ginjal tak berfungsi.
Fungsinya masih bisa dilakukan oleh bagian ginjal yang sehat.
Namun, “Ginjal yang sehat harus bekerja ekstra untuk menanggung pula fungsi ginjal lain yang rusak”. Lama-kelamaan kinerjanya juga bakal turun sehingga tidak mampu menjalankan fungsinya dengan baik.
Ginjal berfungsi mengeluarkan racun atau zat-zat berlebihan di darah.
la juga menjaga tekanan darah dan memproduksi hormon untuk membuat sel darah baru.
Bila fungsi ginjal terganggu, penderita bisa mengalami kekurangan darah (anemia), tekanan darah tak normal, atau kadar racun dalam darah naik. Sehingga penderita harus menjalani tambah darah, cuci darah atau berpantang makanan penyebab kencing manis atau darah tinggi.
Tidak berfungsinya ginjal menurut Pudji Rahardjo ini bisa karena beberapa sebab: endapan batu ginjal, pembesaran prostat,
kencing manis, darah tinggi, atau penyakit imunologi. Dalam kasus Dadang, gagal ginjal disebabkan pembesaran prostat.
Penurunan fungsi ginjal karena faktor usia pun akan lebih cepat berlangsung karena pembesaran prostat menyumbat saluran kemih. Seperti kebanyakan penderita, Dadang baru merasakan keluhan setelah fungsi ginjal sudah berkurang 25%-30%.
Empat bulan sembuh dengan daun sukun
Apa pun penyebab penyakitnya, Dadang boleh bersyukur.
Ny. Kusnadi akhirnya yang menyarankan ramuan obat tradisional. “Ramuannya sederhana saja.
Cukup merebus tiga lembar daun sukun kering, lalu minum airnya”. Namun, tak gampang menemukan daun itu di kota besar seperti Jakarta, dan daun yang diperlukan tak cukup satu-dua lembar saja karena harus diminum setiap hari.
Perburuan dilanjutkan sampai ke daerah. Daun itu lalu digodok dan diminum setiap kali haus.
“Pokoknya, sejak saat itu rebusan daun sukun menjadi minuman sehari-hari layaknya air putih saja.”
Mula-mula reaksinya belum terasa secara langsung. Sebulan kemudian Dadang merasakan ada perubahan pada kondisi fisiknya.
“Badan mulai terasa fit, lebih segar, dan air seni terasa makin lancar.” Yang membuatnya makin yakin, keluhan sakit pinggang berkurang.
Kesembuhan total akhirnya dinikmati 4 bulan kemudian.
Dr. Pudji Rahardjo yang menangani menyatakan sehat. Meskipun tidak melalui pemeriksaan laboratorium dan peralatan scanning,
tetapi dia yakin ginjalnya kini tak bermasalah.
“Konsultasi dengan dr. Pudji masih dilakukan 1-2 bulan sekali, untuk kontrol kondisi kesehatan,” jelas Dadang.
Dadang memilih daun yang masih menempel di dahan.
“Harus yang sudah tua,” lanjut kakek 3 cucu itu.
Ciri-cirinya, daun berwarna hijau tua. Kadar kandungan kimia berkhasiat pada duan tua lebih maksimal.
Daun terpilih kemudian dicuci bersih dan dirajang. Hasil rajangan sebanyak 3 helai dijemur hingga kering lalu digodok dalam 2 liter air sampai tinggal separuh.
Kemudian ditambah lagi seliter air dan direbus sampai mendidih. Kemudian, ramuan diangkat dan disaring.
“Air rebusan yang sudah jadi warnanya merah seperti air teh dan pahit,” lanjut Dadang, “Dosisnya dianjurkan memang seperti itu.
Air rebusan hari itu harus dihabiskan hari itu juga.
Tidak bisa disisakan untuk esok hari.
Dadang menghindarkan pemakaian panci alumunium untuk wadah godokan. Ia memakai panci berbahan stainless steel.
Dikhawatirkan alumunium akan termakan kandungan kimia daun sukun. “Paling baik sih sebenarnya pakai bahan periuk tanah.”
Dadang punya kiat untuk memudahkan pembuatan ramuan yang hanya butuh 3 helai setiap hari.
Begitu pasokan datang, daun segera dirajang dan dipisah pisahkan setiap 3 helai lalu dijemur dalam kelompok-kelompok tersendiri.
Setelah menjadi kering, setiap tumpukan rajangan daun dibungkus kantung plastik dan
dapat disimpan. Setiap hari, satu bungkus dibuka untuk direbus. Sekarung daun sukun habis setelah 1-2 bulan.
Dadang telah merasakan langsung manfaat daun sukun dan khasiat daun sukun. Semoga lebih banyak orang yang mendapatkan manfaat dari obat tradisional daun sukun



Monday, June 1, 2015

NISFU SA'ABAN DATANG LAGI


NISFU SA'ABAN DATANG LAGI
Tika Rembulan jatuh di pelataran,
Minda dan Jiwa ku tergugah dari lamunan,
Malam ini sudah tiba malam Nisfu Sa'aban,
Malam pertengahan pengiring Ramadhan,
Allah bakal memberi kasih sayang, memaafkan, ,
Kepada hamba yang mendambakan,
Menyingkir penghasad dengki yang tiada kesudahan,
Kerana Allah mengawasi sepanjang malam
Sebagaimana Al Baihaqi telah meriwayatkan.
Nisfu Sa’aban datang lagi,
Malam yang penuh dengan syafaat kata Ghazali,
Dosa-dosa hambaNya pasti Allah ampuni,
Walau pun sebanyak bulu domba Bani Kalb kata Nabi,
Nisfu Sa’aban petanda persiapan,
Bersiap siaga menghadapi Ramadhan
Mempertebal keimanan menjadi tuntutan,
Memanjatkan doa penuh kekhusyukan.
Malam Nisfu Saaban sudah menjelang,
Berdoalah diberi umur yang panjang,
Dimurahi rezki barokah untuk dimanfaatkan,
Diberi petunjuk , hidayah dan ditetapkan iman.
Nashuha Jamidin Al Pontiani,
1 Jun, 2015


Wednesday, May 27, 2015

CINTA TIDAK MENGENAL USIA


CINTA TIDAK MENGENAL USIA
Cinta tetap hadir,
Cinta tidak bisa diundang,
Berapa umur mu,
Dimana engkau berada,
Cinta tak bisa dipanggil kerana cinta itu milikNya,
Engkau tolak cinta sama dengan engkau menolak diri Nya,
Engkau terima cinta sama dengan engkau menerimaNya,
Cinta itu bukan nafsu
Tetapi cinta itu untuk bersatu,
Cinta itu misteri
Kerana ya dikatakan tidak,
Kerana ia ada ikatan punyai chemistry,
Cinta itu buta kerana cinta itu tidak mengenal status.
Cinta anak-anak,
Cinta monyet yang lompat sana lompat sini,
Cinta remaja cinta yang malu tapi mau,
Cinta dewasa,
Cinta kuda perkasa yang dimau,
Cinta adalah awal kepada Dia,
Dari engkau menuju Dia,
Dari aku menuju Dia,.
Cinta tak mengenal usia,
kerana cinta tak berusia,
Cinta tak mengenal jarak,
kerana cinta tak berjarak,
Cinta itu tetamu hati dan jiwa,
Yang harus dijaga kehadirannya
Hati itu rahsia Tuhan
Yang kepada siapa Dia menentukan.
Hati itu rahsia Ilahi .
Yang belum tentu sama dgn kehendak kita,
Cinta tetap ada bagi diri yang normal,
Cinta akan mati bagi diri yang abnormal.

Tuesday, May 19, 2015

DOA PEMBUKA APA-APA YANG TERTUTUP




DOA PEMBUKA APA2 YG TERTUTUP

*) Hati yang tertutup untuk melakukan amal soleh & amal jariah.
*) Hati yang tertutup untuk menerima nasihat.
*) Pintu rezeki yang dirasakan seperti tertutup.
*) Minda @ akal yang dirasakan seperti tertutup.
*) Hati yang tertutup utk berkahwin.

Surah al Fath
[1]
Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata,
[2]
Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu yang telah lalu dan yang terkemudian, dan menyempurnakan nikmatNya kepadamu, serta menambahkanmu hidayah ke jalan yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya).
[3]
Dan dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) dengan sepunuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada bandingannya).
[4]
(Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
[5]
(Allah melakukan yang demikian) supaya ia memasukkan orang-orang yang beriman – lelaki dan perempuan – ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; dengan keadaan kekal mereka di dalamnya, serta menghapuskan dosa-dosa mereka; dan adalah yang demikian itu pada sisi Allah merupakan kejayaan yang besar (untuk mereka)

Friday, May 15, 2015

SELAMAT HARI GURU: GURU...KAULAH MUDARRIS, MUALLIM, MURABBI, MUADDIB KAULAH MURSYID



                


                     GURU    

Burung Bayan terbang berkawan,
Kambing kibas jalan berbaris,
Guru budiman mengubah fikiran,
Menyampaikan ilmu sebagai Mudarris.
                                                      
Mengajar sambil mengamalkan Ilmu,
Murid bagaikan anak sendiri,
Berusaha terus menambahkan  ilmu
Muallim  gelaran layak di beri.

Sambil memimpin mentadbir dan  memperbaiki  ,
Menjadi kaunselor penyibar  budaya  sejati ,
Kepada murid sangat belas dan  menyayangi,
Menjadi contoh layak  digelar  sebagai Murabbi.

Akhlak terpuji menjadi objektif setiap hari,,
Mendidik  adab  membentuk watak dan peribadi,
Akhlak mitsali secara amali bukan teori,
Kaulah Muaddib  akhlakmu sentiasa dicontohi.

Sebagai penuntun ke jalan yang benar,
Jalan di namakan Sirotolmustakim,
Zuhud amalan  kepimpinan  menyinar,
Kaulah Mursyid  menjadi contoh  segenap disiplin.

Selamat Hari Guru ucapan ku titip,
Kaulah Muallim,  Muddaris  yang  ‘abid ,
Kaulah Murabbi  engkaulah Muaddib,
Tangan mu ku cium kerana kau Mursyid.

Mohd. Nashuha Jamidin Al Pontiani

16 Mei 2015

Sunday, May 10, 2015

KEMBARA MENCARI BAHAGIA





KEMBARA MENCARI BAHAGIA

Ramai sudah kembara mencari bahagia,
Berkelana ke serata ceruk penjuru  mayapada,
Tidak kurang yang tersesat di penghujung tanpa cahaya,
Tewas terkulai terjelupuk  menemui sengsara.

Bila Dunia sudah terpatri di sanubari ,
Suatu waktu bakal menembus ke hati,
Lalu menguasai memperguna diri,
Jasad mu nampak hidup, roh mu bagaikan mati.

Kebahagian sebenar  tidak datang dipaksa-paksa,
kebahagiaan palsu sifatnya  memperdaya mempesona,
Direka-reka oleh dunia melalui drama, lakonan  sketa cuma,
Bertunjangkan hawa nafsu dan tamak haloba.

Usah gelabah mencari Bahagia,
Kerana bahagia itu tempatnya di Jiwa,
Sebagaimana dinukil Kitabullah Mukjizat Utama,
Ar Ra’d ayat 28 sudah terserlah maksudnya,
Jiwa kan tenang dengan mengingat Allah Azzawajalla.

Taati perintah  Ilahi,
 jiwa kosong kan terisi,
Dengan Allah hati kita sudah memadai,
Dunia …Dia beri serba mencukupi,
Tidak perlu ada iri mau pun hasad dengki.

Ayat 7 surah Ibrahim sudah tercatat,
“Ingatlah jika kau bersyukur Aku tambahkan kamu nikmat,
Sekiranya kamu kufur, sungguh azab Ku pedih sekali “ (dahsyat),
Lantaran itu Janganlah jadi hamba yang bersifat kambjat dan bejat.

Mohd.Nashuha Jamidin Al Pontiani,
9 Mei, 2015.


Friday, April 10, 2015

GURINDAM GST- CUKAI YANG DIPAKSAKAN

GURINDAM  GST

YANG MISKIN PAPA KEDANA,
YANG KAYA BERTAMBAH KAYA,
HIDUP RAKYAT TAMBAH MELARAT,
SANG PENGUASA BERTAMBAH LIGAT,
MENGHISAP DARAH PERSIS LINTAH DARAT.

PADA MASA DAN TARIKH YANG SAMA,
100 TAHUN DAHULU TERPAHAT SEJARAH BANGSA,
TOK JANGGUT PAHLAWAN KELANTAN MENENTANG PENGUASA,
PENJAJAH BRITISH MENGENAKAN CUKAI KEPADA RAKYAT JELATA,
CUKAI SIRIH, CUKAI PINANG, CUKAI TEMBAKAU DAN CUKAI KEPALA.

HARI INI RIBUAN BAHKAN JUTAAN TOK JANGGUT  MUNCUL SEMULA,
MENENTANG CUKAI YANG SEAKAN SAMA GST GERANGAN DIBERI NAMA,
OLEH PENGUASA DURJANA IBARAT  BERAJA DI HATI BERSULTAN DI MATA,
PARA PEMIMPIN SUDAH TIADA WIBAWA, LAIN BICARA LAIN  YANG DILAKSANA.

JANJI PAK MENTERI  RAKYAT  MAKMUR HARGA BARANG JADI MURAH AKAN TURUN,
KEPERLUAN ASAS  TAK AKAN NAIK  TETAPI TIBA-TIBA NILAI RINGGIT  JATUH MERUDUM,
BANYAK ADUAN BARANGAN NAIK KENA CUKAI 6%  SUSAH DIKAWAL RAKYAT MARAH MENGAUM, 
WARGA KELIRU KERAJAAN YANG JAGA RAKYAT ATAU RAKYAT YANG SUAP KERAJAAN.. BOOM!!
RAKYAT MENYUMPAH SERANAH,HARGA BARANG TAK MUNASABAH, GELABAH BAKAL  BERHIMPUN.

Mohd. Nashuha Jamidin Al Pontiani,

11 April 2015

Sunday, April 5, 2015

KERUSI ITU KOSONG LAGI


KERUSI ITU KOSONG LAGI
                                                               
                                                Kerusi  itu kosong lagi….

                                                Ibarat tanggal nya gigi dari gusi,
                                                Ada yang tanggal sendiri ,
                                                Ada yang terpaksa dicabut digerudi,
kerana sudah tidak serasi,
dirasa menyakiti bagai onak duri…

Kerusi  itu kosong lagi….

SPR bergegas meniup nafiri,
Mewarta kekosongan kerusi,
Perlu diisi, dalam tempoh 60 hari,
Berkeriaulah sekalian Partai dan parti,
Mencari calon  sebaik para wali,
berwajah kuli konon sanggup mengabdi,
menabur janji,  bakti tanpa peduli,
Disebalik lobi melobi….

Kerusi itu kosong lagi…

Dari Permatang Pauh ke Rompin,
Gegak gempita trompet GST,
Altantuya, Kroni, BRIM bersiri dan Konspirasi,
Sirul Azhar dan Saiful Bokhari,
1MDB, Kapal Selam, Hudud dan Jet Pribadi,
Menjadi halua dan racun telinga saban hari,
Berpestalah TV3, RTM berkempen berperi,
Yang hodoh dan yang comel terus menari,
Kerana,kerusi itu kosong lagi…

Kerusi itu kosong lagi….

Ada insan gagal  lena walaupun tidor,
Mengigau merepet dalam lena dan jaga,
Isu-isu mendobrak jantung, menerobos rahsia,
Menyingkap mana benar, mana bohong,
Mengheret mantan Memanda berperi dan berfatwa,
Sehingga kerusi di isi semula.

Mohd.Nashuha Jamidin Al Pontiani,
5 April, 2015



Monday, March 30, 2015

SENANDUNG JANJI MENTERI





SENANDUNG JANJI MENTERI

Ini Senandung ingin berperi,
Senandung di cipta si bijak jauhari,
Siakap senohong gelama ikan duri,
Bercakap bohong lama-lama jadi Menteri.

PRU13, beri lah BN sepenggal lagi,
Untuk buktikan Janji pasti di tepati,
Sekarang ini gerangan apa sudah terjadi,
Janji dimungkiri, Janji bertukar jadi CAPATI,

Professor Diraja berjasa berbakti,
Ungku Aziz  tak perlu diperkenalkan,
Beraja di mata Bersultan di hati
Rakyat diperkudakan,  tamak pemimpin diutamakan.

Pucuknya angkuh memanjat bukit,
Tak sedar akar terendam air parit,
Rakyat mengeluh lelah dan sakit,
Sedikit diberi banyak di ungkit.

Pucuknya angkuh memanjat bukit,
Tak sedar akar terendam air parit,
Bagaikan melepas anjing tersepit,
Dah jadi pemimpin rakyat digigit.

 Pucuk angkuh memanjat bukit,
 Jalan tak sedar kaki terbelit,
Serakah rakus mengaut duit,
Rakyat juga terperah tersepit.

Kera dihutan disusukan,
Anak sendiri mati kelaparan,
Bantahan rakyat dibakulsampahkan,
Tangkapan dibuat utk menakut2kan.

Derita rakyat bertambah malang,
GST membajak belakang tulang belulang,
Jangan sampai sejarah berulang,
Sultan Mahmud mangkat di Julang.

Mahathir, Tengku Razaleigh menolak GST,
Minta kerajaan hapus, batal atau di kaji  justifikasi,
Najib degil laksanakan terus sudahlah pasti,
Walau dibantah ribuan rakyat berdemonstrasi.

Hutang Negara 1 trillion jumlah semua,
Bertambah parah 1MDB punya angkara,
Si Kaya bertambah kaya  Si Miskin papa kedana,
Rakyat di tindas, zahir dan batin tambah sengsara.

Lawan tetap lawan selogan pejuang,
Lokap dan penjara  bagai  Rumah Tumpangan,
Semoga tabah kuat iman dan semangat juang,
Harum nama mu kan dikenang sepanjang  zaman.

Mohd.Nashuha  Al Pontiani,

30 Mac 2015.

Monday, March 23, 2015

GURINDAM BUNGA BOURGAINVILLA



GURINDAM BUNGA BOURGAINVILLA
Sungguh indah bunga di halaman,
Bourgainvilla nama diberi,
Hati ku gundah bertambah rawan,
Mengenang Amal sedikit di usia begini.
Merah jingga Lembayung senja,
Di dalam air nampak berbayang,
Di kala usia meniti senja,
Munajat dan Taubat jangan kepalang.
Bunga kertas buat hiasan
Warna berseri harum tiada,
Dunia pentas sebuah lakonan,
kita kan kembali ke akhirat selamanya.
Berbunga lebat menawan mata,
sejambak dibawa ke singgahsana,
Semoga Taubat dan ampunan diterima,
Ke dalam syurga di tempatkan kita semua.
Nashuha Jamidin Al Pontiani,
23 Mac 2015.